daftar sdn bhd

Cara Daftar Syarikat Sdn Bhd Sendiri

Artikel ini akan menerangkan cara daftar syarikat sdn bhd sendiri.

Tahukah anda, ianya merupakan satu perkara yang wajib untuk anda mendaftarkan perniagaan anda terlebih dahulu jika anda bercadang untuk menceburi bidang perniagaan atau menjalankan sebarang urus niaga.

Anda perlu mendaftarkan perniagaan atau syarikat terlebih dahulu.

Kami sebagai setiausaha syarikat akan membantu anda untuk melakukan serah simpan pendaftaran syarikat anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Anda boleh daftar syarikat sdn bhd sendiri dengan menyediakan dokumen yang diperlukan. Setiausaha Syarikat akan melakukan semakan dan serahan terakhir selepas semua dokumen anda telah sediakan.

Setiausaha syarikat mestilah mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi membolehkan beliau melakukan proses serahan pendaftaran syarikat anda.

Cara Daftar Syarikat Sdn Bhd Sendiri

cara daftar syarikat

Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk anda mendaftar syarikat mengikut Akta Syarikat 2016.

  1. Cari sekurang-kurangnya 3 nama pilihan untuk dipohon sebagai nama syarikat di SSM. Carian nama syarikat sdn bhd perlu dilakukan pada peringkat awal.
  2. Pilih 3 aktiviti utama perniagaan yang bakal syarikat jalankan.
  3. Tentukan jumlah modal saham akan dilaburkan kedalam akaun syarikat bagi tujuan memulakan perniagaan.
  4. Dapatkan cawangan bank serta alamat bank dimana akaun syarikat akan dibuka.
  5. Sediakan salinan Kad Pengenalan setiap ahli Lembaga Pengarah Syarikat serta Pemegang Saham bagi warganegara Malaysia dan salinan passport bagi warganegara asing.
  6. Sediakan alamat email bagi ahli Lembaga Pengarah Syarikat dan Pemegang Saham.
  7. Sediakan alamat kediaman terkini pengarah dan pemegang saham dan mestilah di Malaysia.
  8. Buat pembayaran kepada setiausaha syarikat.
  9. Kelulusan dalam 3-5 hari bekerja.

Pihak pengarah dan pemegang saham digalakkan membuat perjumpaan dengan setiausaha syarikat selepas menyiapkan dokumen cara daftar syarikat sdn bhd sendiri.

Pihak setiausaha syarikat akan menyemak bagi tujuan penyediaan dokumen penubuhan syarikat dan akan melakukan serahan terakhir kepada SSM.

Anda tidak perlu risau akan kesilapan kerana segala maklumat yang disediakan anda ketika cara daftar syarikat sdn bhd sendiri akan disemak oleh pihak kami.

Dengan berkurangnya kesalahan, tempoh kelulusan boleh dipercepatkan dan anda boleh mendapat syarikat sdn bhd idaman anda dengan lebih pantas.

BACAAN LANJUT: AKTA SYARIKAT 2016
cara daftar syarikat

 

Kelebihan Daftar Sdn Bhd

  1. Liabiliti bisnes adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
  2. Syarikat lebih terjamin dan berterusan. Syarikat tidak akan dibubar dengan kematian seseorang pemegang saham.
  3. Kemudahan untuk mendapat modal.
  4. Kemudahan daripada bentuk penukaran hakmilik. Saham syarikat sdn bhd boleh dijual beli.
  5. Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
  6. Potensi untuk perkembangan adalah luas disebabkan kredibiliti yang tinggi.
  7. Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
  8. Lebih banyak penggunaan cukai yang sah disisi undang-undang [Cukai sdn bhd lebih flexible, kerana pendapatan bercukai syarikat boleh ditukar-tukar dengan gaji pengarah (individu) bagi mendapatkan menjimatkan bayaran cukai keseluruhan].
PROMOSI DAFTAR SDN BHD RM 1498

5 Sebab Perlu Daftar Sdn Bhd

1. Kewajipan Undang-Undang Untuk Mendaftar Perniagaan

Sebelum memulakan perniagaan, seseorang perlu mendaftarkan perniagaannya mengikut Akta Perniagaan 1956.

Jika gagal berbuat demikian, peniaga tersebut boleh didenda sehingga RM50 ribu atau penjara maksimum 2 tahun.

Cara daftar syarikat sdn bhd sendiri telah kami terangkan seperti di atas.

2. Mudah Mendapatkan Loan Dari Pihak Bank

Sebagai seorang peniaga, anda pasti ada impian untuk mengembangkan bisnes anda. Untuk mengembangkan bisnes, pasti perlukan modal yang agak tinggi.

Apabila anda ada akaun bank syarikat dan dokumen kewangan perniagaan yang disusun dengan kemas, pasti pihak bank juga akan lebih mudah untuk melayan permohonan loan anda.

3. Bantu Kelancaran Operasi Dengan Akaun Bank Khas

Walaupun bisnes anda masih kecil, anda perlu belajar berdisiplin. Asingkan awal-awal modal, gaji pekerja, gaji anda dan keuntungan.

Jika anda ada SSM syarikat sdn bhd, lebih mudah untuk anda mohon pembukaan akaun bank bisnes.

Jadi lebih mudah untuk anda susun dari awal duit keluar masuk bisnes anda.

Transaksi menggunakan akaun peribadi juga lebih mudah disekat apabila terlalu banyak sangat duit masuk berbanding sekiranya anda menggunakan akaun bank syarikat.

4. Boleh Berkembang Dengan Lebih Maju

Apabila bisnes anda sudah semakin maju, pasti anda perlu menambah bilangan pekerja untuk melicinkan operasi perniagaan.

Dahulu anda hanya ada seorang pekerja separuh masa untuk membantu anda di gerai, sekarang anda perlu tambah lagi 3-4 orang pekerja sepenuh masa untuk bantu menguruskan perniagaan.

Jika anda sudah awal-awal daftar SSM syarikat sdn bhd, lebih mudah untuk anda mendapatkan pekerja kerana mereka yakin untuk berkhidmat dengan syarikat memandangkan bisnes anda kelihatan kukuh dan tersusun.

Pembayaran gaji serta KWSP pekerja juga akan menjadi lebih teratur dan sistematik.

5. Meningkatkan Kredibiliti Bisnes

Perasan tak, ada sesetengah pelanggan suka bertanya soalan apakah nombor pendaftaran perniagaan dekat anda.

Sebagai seorang ahli perniagaan, usahlah anda berasa marah dengan soalan macam tu.

Sebenarnya, pelanggan cuma berhati-hati sahaja. Maklumlah, bisnes zaman sekarang terutamanya secara online memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi antara pelanggan dan peniaga.

Jadi, dengan adanya nombor pendaftaran perniagaan, pelanggan lebih yakin dan rasa dilindungi untuk berurus niaga meskipun tidak pernah sekalipun berjumpa secara depan-depan dengan peniaga.


FAQ: Daftar Syarikat Sdn Bhd SSM di Malaysia

1. Apakah maksud daftar syarikat Sdn Bhd SSM?

Daftar syarikat Sdn Bhd SSM bermaksud proses pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad melalui sistem rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menggunakan portal MyCoID.


2. Adakah daftar syarikat Sdn Bhd wajib melalui SSM?

Ya. Semua syarikat Sdn Bhd di Malaysia mesti didaftarkan dengan SSM bagi membolehkan syarikat beroperasi secara sah di sisi undang-undang.


3. Bagaimana cara daftar syarikat Sdn Bhd SSM?

Daftar syarikat Sdn Bhd SSM dilakukan melalui portal SSM MyCoID, sama ada secara kendiri atau dengan bantuan setiausaha syarikat berlesen.


4. Siapa yang layak untuk daftar syarikat Sdn Bhd SSM?

Mana-mana individu berumur 18 tahun ke atas layak daftar syarikat Sdn Bhd SSM, tertakluk kepada keperluan pengarah, pemegang saham dan pematuhan Akta Syarikat 2016.


5. Berapa minimum pengarah diperlukan untuk daftar syarikat Sdn Bhd SSM?

Minimum seorang (1) pengarah diperlukan dan pengarah tersebut mesti bermastautin di Malaysia seperti yang ditetapkan oleh SSM.


6. Berapa minimum pemegang saham untuk daftar syarikat Sdn Bhd SSM?

Minimum seorang (1) pemegang saham diperlukan. Pengarah dan pemegang saham boleh merupakan individu yang sama.


7. Berapakah modal berbayar minimum yang diterima oleh SSM?

SSM membenarkan modal berbayar minimum RM1 untuk daftar syarikat Sdn Bhd, bergantung kepada keperluan perniagaan.


8. Adakah alamat berdaftar diperlukan oleh SSM?

Ya. Setiap syarikat yang didaftarkan dengan SSM wajib mempunyai alamat berdaftar di Malaysia untuk rekod rasmi.


9. Adakah pelantikan setiausaha syarikat diwajibkan oleh SSM?

Ya. Di bawah Akta Syarikat 2016, setiap syarikat Sdn Bhd berdaftar dengan SSM wajib melantik setiausaha syarikat berlesen.


10. Apakah itu MyCoID SSM?

MyCoID ialah sistem dalam talian rasmi SSM yang digunakan untuk daftar syarikat Sdn Bhd, membuat semakan nama dan pengurusan maklumat syarikat.


11. Bagaimana semakan nama dibuat dengan SSM?

Semakan nama dibuat melalui fungsi Direct Incorporation dalam sistem MyCoID SSM sebelum pendaftaran syarikat Sdn Bhd diteruskan.


12. Apakah Borang Super SSM?

Borang Super ialah borang digital SSM yang mengandungi maklumat lengkap syarikat seperti:

  • Aktiviti perniagaan (MSIC)
  • Pengarah
  • Pemegang saham
  • Modal berbayar

13. Berapakah yuran daftar syarikat Sdn Bhd SSM?

Yuran rasmi SSM untuk daftar syarikat Sdn Bhd adalah sekitar RM1,000, tidak termasuk cukai dan yuran profesional.


14. Apakah dokumen yang diperlukan oleh SSM?

SSM memerlukan:

  • Salinan IC pengarah & pemegang saham
  • Maklumat pegangan saham
  • Alamat perniagaan
  • E-mel & nombor telefon

15. Berapa lama proses daftar syarikat Sdn Bhd SSM?

Secara amnya, proses pendaftaran dengan SSM mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja, tertakluk kepada kelulusan nama dan kelengkapan maklumat.


16. Bagaimana sijil pendaftaran SSM diterima?

Sijil Pemerbadanan SSM akan dihantar secara digital melalui e-mel selepas permohonan diluluskan.


17. Adakah perlu hadir ke pejabat SSM untuk pendaftaran?

Tidak semestinya. Proses daftar syarikat Sdn Bhd SSM boleh diurus sepenuhnya secara online atau melalui setiausaha syarikat berlesen.


18. Bolehkah warga asing daftar syarikat Sdn Bhd dengan SSM?

Ya. Warga asing boleh mendaftar syarikat Sdn Bhd dengan SSM tertakluk kepada syarat dan keperluan tambahan.


19. Apakah risiko jika tersalah isi maklumat semasa daftar dengan SSM?

Kesilapan pengisian boleh menyebabkan:

  • Penolakan permohonan
  • Kelewatan kelulusan
  • Kueri daripada SSM

Oleh itu, ramai pemilik perniagaan memilih bantuan setiausaha berlesen.


20. Jika saya tidak pasti proses daftar syarikat Sdn Bhd SSM, apa yang patut saya buat?

Sekiranya anda kurang pasti atau ingin proses lebih lancar dan patuh undang-undang, anda disarankan mendapatkan bantuan setiausaha syarikat berlesen seperti FRAZ Corporate Services untuk menguruskan pendaftaran syarikat Sdn Bhd dengan SSM secara profesional.