Dalam usaha memulakan perniagaan, satu aspek penting yang perlu diselesaikan adalah pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Pendaftaran ini bukan hanya suatu keperluan undang-undang, tetapi juga kunci untuk memastikan perniagaan anda diiktiraf dan beroperasi secara sah.
Namun, masih ramai yang menganggap ianya suatu proses yang sukar dan mengambil masa yang lama hingga tidak mengambil berat akan hal ini.
Jadi, dalam artikel ini, kami akan membongkar segala yang perlu anda tahu tentang syarat daftar SSM dan maklumat asas yang setiausaha syarikat perlukan.
Ini dapat dijadikan panduan lengkap untuk memastikan proses berjalan lancar dan mudah.
Syarat Pendaftaran Syarikat
Proses pendaftaran syarikat adalah langkah yang kritikal bagi setiap usahawan yang ingin memulakan perniagaan secara sah.
Namun, pendaftaran ini akan meletakkan tapak asas yang kukuh untuk perniagaan anda dan memberi pengiktirafan undang-undang.
Ayuh kita lihat secara terperinci mengenai syarat daftar ssm dan bagaimana proses dalam pendaftaran SSM ini.
1. Niat Perniagaan Anda
Sebelum memulakan proses pendaftaran, penting untuk memahami niat perniagaan anda.
Tentukan jenis perniagaan yang akan dijalankan dan sasaran pasaran.
Ini akan membantu dalam mengisi borang pendaftaran dengan betul.
2. Dokumen Peribadi Pemilik
Proses pendaftaran SSM memerlukan dokumen peribadi pemilik perniagaan.
Pastikan anda mempunyai salinan kad pengenalan, salinan passport (jika berkaitan), dan alamat terkini.
Pematuhan terhadap aspek ini akan mempercepatkan proses pendaftaran.
3. Dokumen Perniagaan
Dokumen perniagaan termasuk butiran syarikat, seperti nama syarikat, alamat perniagaan, dan maklumat berkaitan.
Pastikan butiran ini lengkap dan tepat untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.
Kebiasaannya, kesilapan serta kecuaian dalam memberikan butiran dan maklumat berkaitan akan mengakibatkan kelewatan pendaftaran.
4. Struktur Perniagaan
Pilih struktur perniagaan yang sesuai untuk syarikat anda.
Ia boleh menjadi sole proprietorship, partnership, atau syarikat sendirian berhad.
Pilihannya bergantung kepada keperluan perniagaan anda dan tanggungjawab yang bersesuaian.
5. Bayaran Pendaftaran
Semasa menguruskan pendaftaran SSM, pastikan bayaran pendaftaran dibuat dengan betul.
SSM menyediakan kaedah pembayaran yang pelbagai untuk memudahkan proses ini.
Pastikan bayaran dibuat mengikut panduan yang disediakan.
6. Proses Pendaftaran Online
SSM menyediakan perkhidmatan pendaftaran online untuk kemudahan pengusaha.
Proses ini membolehkan anda mendaftar tanpa perlu menghadiri pejabat SSM secara fizikal.
Pastikan anda memahami langkah-langkah proses pendaftaran online untuk memastikan proses yang berjaya.
7. Kepatuhan Syarat SSM
Sebagai pengusaha yang bertanggungjawab, pastikan syarikat anda mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh SSM.
Ini termasuk pembayaran cukai syarikat dan pematuhan dengan undang-undang perniagaan yang berkenaan.
Maklumat Asas Setiausaha Syarikat Perlukan
Tahukah anda, setiausaha syarikat memainkan peranan penting dalam pengurusan harian dan pematuhan undang-undang sesebuah syarikat.
Jadi, maklumat asas setiausaha syarikat perlu tahu merupakan salah satu asas pengurusan perniagaan yang berjaya.
Berikut adalah perkara yang perlu diketahui oleh setiausaha syarikat untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan syarikat.
- Mencipta sekurang-kurangnya tiga nama pilihan untuk dipohon sebagai nama syarikat di SSM.
- Tiga aktiviti utama perniagaan yang bakal syariakt jalankan.
- Jumlah modal saham atau syer yang akan dilaburkan kedalam akaun syarikat bagi tujuan memulakan perniagaan.
- Peratusan syer yang bakal dipegang oleh setiap ahli pemegang saham.
- Nama bank serta alamat bank dimana akaun syarikat akan dibuka.
- Nama penandatangan cek syarikat.
- Salinan kad pengenalan setiap ahli syarikat iaitu Lembaga Pengarah Syarikat serta Pemegang Saham bagi warganegara Malaysia dan salinan passport bagi warganegara asing.
- Alamat kediaman terkini pengarah dan pemegang saham dan mestilah di Malaysia.
- Alamat utama perniagaan dan cawangan jika ada.
- Nombor telefon dan juga nombor telefon bimbit serta alamat e-mail setiap pengarah dan pemegang saham.
- Melantik setiausaha syarikat.
Kesimpulan
Kesimpulannya, dengan memahami syarat daftar SSM anda boleh memastikan bahawa proses pendaftaran perniagaan anda berjalan dengan lancar.
Anda juga dapat memastikan perniagaan anda beroperasi secara sah dan berjaya dengan maklumat asas setiausaha syarikat yang diberikan.
Jika anda pertama kali mendaftar syarikat sebagai Sdn Bhd, banyak perkara yang perlu dibuat, kan?
Semuanya jadi lebih mudah dengan Register Sdn Bhd Online.
Kelebihannya, anda akan dapat 10 perkara dibawah ini dengan mudah dan cepat:
- Carian Nama Tanpa Had.
- Modal minima RM 1.
- Pendaftaran 2 pengarah.
- Pendaftaran 2 pemegang saham.
- Kemaskini database di SSM MYCOID.
- Borang lengkap maklumat pendaftaran syarikat S14.
- Notis pendaftaran syarikat S15.
- Sijil pendaftaran syarikat S17.
- Lantikan setiausaha syarikat S58.
- Konsultansi pendaftaran Sdn Bhd 2 jam.
Dengan ini, proses daftar syarikat Sdn Bhd anda menjadi lebih mudah dan cepat kerana anda akan dibimbing.
Kami juga sedia memberi nasihat berkaitan pembukaan syarikat dan membantu anda melalui setiap proses dengan lebih mudah.
Kami membantu usahawan yang ingin menubuhkan syarikat dimana proses penubuhan memenuhi keperluan dan kehendak Akta Syarikat 2016.
Anda boleh klik Button Promosi di bawah sekarang dan hubungi kami untuk sebarang pertanyaan lanjut.