cara daftar cidb

Cara Daftar CIDB Yang Majikan Wajib Tahu!

Mereka yang bekerja atau terlibat dengan aktiviti-aktiviti pembinaan di Malaysia pasti tahu cara daftar CIDB dan keperluan membuat lesen CIDB.

Selepas mendaftar, anda akan mendapat kad hijau CIDB. Jika anda baharu dalam bidang ini dan tak tahu apa-apa tentang kad hijau CIDB, jom kami kongsikan dengan anda apa itu CIDB, siapa yang perlu daftar serta syarat mendaftar.

Maksud CIDB

daftar cidb

Kad hijau CIDB atau kad perakuan Pendaftaran Personel Binaan CIDB merupakan akuan sah yang melayakkan individu yang berdaftar dengan CIDB untuk terlibat dalam industri binaan di Malaysia.

Ia merupakan satu-satunya pasport keselamatan yang rasmi dan diterima pakai oleh pihak industri pembinaan.

Menurut Akta 520 (pindaan 2011) – Seksyen 33 (Kewajipan Pendaftaran Personel Binaan), setiap personel binaan wajib mendaftar di bawah Lembaga yang sah.

Jika didapati tidak mempunyai kad yang sah, anda boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000.

Bagi mereka yang mempunyai kad hijau CIDB ini, anda akan diberikan perlindungan dengan skim insurans khas yang melindungi personel terhadap kematian dan kemalangan.

Untuk memiliki kad ini, seseorang diwajibkan mengikuti kursus SICW (safety Induction for Construction Workers).

Program bersepadu ini dihasilkan bagi meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan.

Ia juga memberikan peluang kepada personel mengetahui tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Oleh itu, penting untuk personel mengetahui cara daftar CIDB dan mempunyai lesen CIDB tersebut.

Siapa Yang Perlu Daftar CIDB?

daftar cidb

Menurut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Akta 520) 1994, personel binaan berdaftar ialah seseorang yang berdaftar dan diperakukan mengikut Akta ini.

Personel binaan bererti:

1.   Pekerja binaan am

Mana-mana pekerja atau golongan pekerja yang tidak mahir dan yang diambil bagi kerja manual.

2.   Pekerja binaan separa mahir

Mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan, kelayakan dan pengalaman yang diterima bagi satu tred atau lebih seperti yang ditentukan oleh Lembaga.

3.   Pekerja binaan mahir

Mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan, kelayakan dan pengalaman yang diterima bagi satu tred atau lebih seperti yang ditentukan oleh Lembaga dan yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga.

4.   Penyelia tapak binaan

Mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diterima yang ditugaskan kepada suatu tapak pembinaan atau mana-mana tempat lain untuk menyelia kerja pembinaan.

5.   Pengurus projek binaan

Mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diterima sebagaimana yang ditentukan dan yang ditugaskan kepada tapak pembinaan atau mana-mana tempat lain untuk mengatur, merancang, mengawal dan menyelaraskan kerja pembinaan.

6.    Yang Lain-Lain

Pekerja-pekerja lain yang bekerja dalam industri pembinaan sebagaimana yang telah ditentukan oleh Lembaga.

Baca Juga; 5 Contoh Pelepasan Cukai & Syarikat Pun Ada Juga?

Syarat Pendaftaran CIDB

syarat daftar cidb

Syarat-syarat bagi pendaftaran kad hijau CIDB:

1.   Memiliki dokumen pengenalan diri

    • Kad Pengenalan Malaysia
    • Pasport dan permit kerja yang sah dari Jabatan Imigresen Malaysia
    • Pas IMM13P

2.   Had umur mendaftar

    • Semenanjung Malaysia adalah 18 tahun dan ke atas.
    • Sabah, Sarawak dan Pelatih Binaan adalah 16 tahun dan ke atas.

3.   Mempunyai sijil keselamatan pembinaan seperti

    • Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (SICW)
    • eLearning Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (eSICW)
    • eSICW CIDB Holdings (eSICW CIDB Holdings); atau
    • Sijil/pasport keselamatan yang diiktiraf CIDB

4.   Melaksanakan kerja-kerja pembinaan

5.   Mematuhi undang-undang dan peraturan dari CIDB

Tempoh Pendaftaran

1.   Kad Pengenalan Malaysia

    • Bagi pendaftaran baharu atau pembaharuan, tempoh pendaftaran minimum 1 tahun sehingga maksimum 5 tahun
    • Tarikh tamat pendaftaran adalah berdasarkan tarikh lahir pemohon

2.   Permit Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)/Pas Penggajian (EP)

  • Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat permit

3.   IMM13P

  • Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat pas

Penutup

Majikan perlu pastikan setiap personel binaan yang digaji mempunyai kelayakan untuk bekerja di tapak pembinaan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Seperti personel binaan, syarikat juga perlu berdaftar dan tahu cara daftar cidb.

Jika anda ingin daftar syarikat Sdn Bhd, daftarlah dengan Register Sdn Bhd Online.

Dengan harga RM 1498 sahaja, anda dijanjikan dengan 10 perkara ini:

Cuba  lihat 10 perkara yang Register Sdn Bhd tawarkan, anda pasti tak nak lepaskan peluang ini:

    • Carian Nama Tanpa Had
    • Modal minima RM1
    • Pendaftaran 2 pengarah
    • Pendaftaran 2 pemegang saham
    • Kemaskini database di SSM MYCOID
    • Borang lengkap maklumat pendaftaran syarikat S14
    • Notis pendaftaran syarikat S15
    • Sijil pendaftaran syarikat S17
    • Lantikan setiausaha syarikat S58
    • Konsultasi pendaftaran Sdn Bhd 2 jam

Bukan itu sahaja, Register Sdn Bhd juga akan memberikan 3 bonus ini: 

    • Hanya RM50 bulanan secretarial fee
    • Percuma support group whatsapp director 24/7
    • Percuma eBook asas mengurus Sdn Bhd

Masih tak yakin, cuba lihat kelebihan yang anda boleh dapatkan dengan kami:

    1. Tanggungan atau liabiliti terhad.
    2. Ada kesinambungan.
    3. Kredibiliti yang tinggi.
    4. Kadar cukai rendah.
    5. Dividen syarikat tidak dikenakan cukai.
    6. Boleh bertukar milik.
    7. Boleh melantik pengurusan profesional.
    8. Mudah mendapat suntikan modal.
    9. Penyata kewangan yang disahkan.
    10. Potensi yang besar.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar syarikat Sdn Bhd sendiri, hubungi kami sekarang.