renew ssm online

Ketahui Cara Mudah & Tepat Renew SSM Online

Jangan lupa untuk semak bila tarikh lesen SSM anda tamat tempoh dan yang paling penting, jangan lupa perbaharui atau renew lesen perniagaan anda tau!

Baca di sini untuk ketahui cara daftar SSM secara online

Bagi peniaga-peniaga di luar sana, pastinya anda tahu lesen perniagaan anda ada tarikh tamat tempoh, kan? Sekarang boleh saja renew SSM online.

Bukan sahaja mudah, anda boleh jimat masa dan kos pengangkutan bila tak perlu untuk ke pejabat SSM.

Nak renew lesen SSM boleh di mana-mana dan bila-bila sahaja. Bayaran pun secara online.

Jadi, kali ini kami akan kongsikan cara mudah untuk renew SSM perniagaan anda secara online.

Sebab Perlu Renew SSM 

renew ssm online

Anggaplah lesen SSM ni macam lesen memandu anda. Kalau lesen memandu dah luput tapi anda tetap guna, lepas itu kena tahan dengan polis trafik, apa yang akan berlaku?

Mestilah dapat surat cinta dari polis, kan?

Sama juga dengan lesen SSM – jika anda tidak atau lewat renew, anda sebagai pemilik perniagaan akan dikenakan kompaun.

Tapi, sebab yang paling penting adalah sebagai pemilik perniagaan di Malaysia, mestilah kita nak perniagaan kita dijalankan secara sah disisi undang-undang, kan?

Bukan itu sahaja, anda tahu tak, jika lesen SSM tidak diperbaharui sehingga lebih setahun, anda sudah tidak boleh perbaharui lesen itu lagi?

Nanti membazir sahaja kalau kena buat lesen SSM yang baharu sedangkan sekarang ni SSM menyediakan pelbagai platform untuk memudahkan anda untuk renew lesen SSM.

Langkah Renew SSM Online dengan Mudah

renew ssm online

Sebelum kami kongsi cara nak renew lesen SSM secara online, kami ingin mengingatkan bahawa anda boleh renew dengan cara:

  • Kaunter perkhidmatan SSM
  • Kiosk EzBiz
  • Bank Simpanan Nasional
  • Bank Kerjasama Rakyat Berhad terpilih

Untuk renew lesen SSM online, anda boleh lakukan di portal EzBiz.

EzBiz adalah portal pendaftaran perniagaan online yang disediakan oleh SSM dengan feature seperti:

  • Melakukan pendaftaran baharu;
  • Mendaftar perubahan;
  • Menamatkan perniagaan; dan
  • Membeli maklumat perniagaan

Jadi, jom kami kongsikan langkah demi langkah cara renew lesen SSM online.

1.    Daftar

Pertama sekali, profil pengguna anda mestilah kena ada dan berdaftar dalam sistem maklumat EzBiz.

Jadi, anda perlu daftar terlebih dahulu sebagai pengguna portal ini.

Untuk aktifkan EzBiz, anda perlu ke kaunter SSM dulu untuk pengesahan ID.

Mungkin anda akan rasa agak leceh tetapi langkah ini penting supaya ID anda tidak disalah guna.

Lagi pun, pengesahan ini anda perlu buat sekali sahaja.

2.    Log Masuk

Setelah selesai sahkan ID, anda akan diberikan kata laluan sementara.

Buka laman web EzBiz dan log masuk menggunakan ID yang didaftarkan di kaunter SSM tadi.

3.   Pergi ke ‘My Business Services’ > ‘Renewal by Owners’

Pergi ke menu ‘My Business Services’.

Di situ akan ada pilihan untuk buat pembaharuan lesen anda atau lesen orang lain.

Kalau mahu renew lesen perniagaan anda sendiri, klik ‘Renewal by Owners’.

Baca Juga; 5 Contoh Pelepasan Cukai & Syarikat pon Ada Juga?

4.    Klik Ikon ‘Renew’

Setelah klik ‘Renewal by Owners’, maklumat perniagaan anda akan dipaparkan.

Cari ikon pensel di bawah ‘action’ dan klik ikon tersebut.

5.   Pilih Maklumat Pembaharuan & Pengesahan

Setelah klik ikon tersebut, akan keluar satu page tentang maklumat perniagaan anda yang lebih terperinci.

Di sini anda boleh pilih berapa tahun anda nak renew lesen SSM anda.

Jangan lupa untuk klik di kotak kecil di sebelah pengakuan mengesahkan maklumat yang diisi supaya semua maklumat adalah benar.

Kemudian, tekan ‘Proceed to Payment’.

6.    Pilih Cara Pembayaran

Kemudian anda boleh teruskan dengan pembayaran yang boleh dilakukan secara online atau di kaunter SSM.

Pembayaran online boleh dibuat sama ada menggunakan kad kredit/debit atau internet banking macam biasa.

Harga renew lesen SSM ni bergantung pada nama tred yang didaftarkan.

Jika nama sendiri (nama dalam IC), harganya adalah RM30; jika nama tred, harganya adalah RM60.

7.    Selesai!

Selepas anda selesai membayar, anda akan diberikan fail PDF lesen perniagaan yang telah diperbaharui.

Anda boleh print untuk kegunaan dan rujukan anda tapi kalau tiada printer, boleh sahaja save PDF tersebut.

Mudah, kan? Sekejap saja nak dah siap!

Kompaun Lewat Renew SSM

kompaun lewat renew ssm

Katakanlah anda terlewat renew lesen SSM anda, berapa kompaun yang akan dikenakan?

Bagi bulan pertama, anda akan dikenakan kompaun atau denda sebanyak RM20 dan bulan sebelumnya perlu tambah RM10 bagi setiap bulan yang lewat.

Jadi, kalau setahun (12 bulan) anda tak renew lesen SSM, jumlahnya adalah RM130.

Kalau anda rasa ianya sikit dan rasa boleh tangguh saja, jangan lupa apa yang kami dah bagitahu tadi; selepas lebih dari 12 bulan, anda sudah tak boleh nak renew lagi.

Anda kena buat pendaftaran perniagaan kali kedua di kaunter SSM dan bayar kompaun tersebut.

Lagi susah, kan? Baik renew siap-siap sebelum tamat tempoh.

Penutup

Zaman sekarang, semua benda dah boleh buat secara online termasuklah renew lesen SSM.

Urusan perniagaan anda boleh dibuat dengan mudah dan cepat sekarang, pastikan anda jangan tunggu sampai tamat tempoh untuk renew lesen perniagaan anda.

Kalau tak, anda akan dikenakan tindakan undang-undang.

Bagi sesiapa yang pertama kali menceburi bidang perniagaan, tak perlu susahkan diri dan daftar saja SSM dengan Register Sdn Bhd.

register sdn bhd online

Kenapa anda perlu daftar SSM dengan Register Sdn Bhd? Sebabnya:

  1. Tanggungan atau liabiliti terhad.
  2. Ada kesinambungan.
  3. Kredibiliti yang tinggi.
  4. Kadar cukai rendah.
  5. Dividen syarikat tidak dikenakan cukai.
  6. Boleh bertukar milik.
  7. Boleh melantik pengurusan profesional.
  8. Mudah mendapat suntikan modal.
  9. Penyata kewangan yang disahkan.
  10. Potensi yang besar.

Apa lagi yang Register Sdn Bhd tawarkan?

  • Carian Nama Tanpa Had
  • Modal minima RM1
  • Pendaftaran 2 pengarah
  • Pendaftaran 2 pemegang saham
  • Kemaskini database di SSM MYCOID
  • Borang lengkap maklumat pendaftaran syarikat S14
  • Notis pendaftaran syarikat S15
  • Sijil pendaftaran syarikat S17
  • Lantikan setiausaha syarikat S58
  • Konsultasi pendaftaran Sdn Bhd 2 jam

Bukan itu sahaja, ada 3 lagi bonus untuk anda:

  • Hanya RM50 setiap bulan untuk secretarial fee
  • Percuma support group whatsapp director 24/7
  • Percuma eBook asas mengurus Sdn Bhd

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar syarikat Sdn Bhd sendiri, tunggu apa lagi?