pelepasan cukai

5 Contoh Pelepasan Cukai & Syarikat Pun Ada Juga?

Jika anda seorang peniaga atau pemilik syarikat, sudah tentu anda pernah terfikir tentang bagaimana anda boleh termasuk dalam pelepasan cukai, kan?

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan mengenai pelepasan cukai dan contoh-contoh pelepasan cukai yang tersedia untuk peniaga atau syarikat di Malaysia.

Info Pelepasan Cukai

pelepasan cukai

Cukai dikenakan berdasarkan pendapatan seseorang/syarikat.

Jumlah pendapatan yang dibenarkan untuk dikecualikan daripada pengiraan cukai adalah apa yang dimaksudkan dengan pelepasan cukai.

Katakan gaji setahun ialah RM50,000, cukai tidak akan dikira ke atas jumlah tersebut tetapi kita dibenarkan ditolak dengan beberapa penghapusan cukai.

Selepas ditolak, baki itulah yang akan dikenakan cukai.

5 Contoh Pelepasan Cukai

pelepasan cukai

Pelepasan cukai boleh berubah berdasarkan keputusan kerajaan. Berikut merupakan 5 contoh pelepasan cukai tahun 2022:

1.    Pelepasan Cukai Gaya Hidup

Jika anda membeli barang untuk diri anda, pasangan atau anak-anak, anda layak mendapatkan pelepasan cukai gaya hidup.

Antara barangan yang tersenarai dalam pengurangan cukai ini adalah bahan bacaan, pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet, peralatan sukan dan langganan internet.

2.    Pelepasan Cukai Yuran Pusat Jagaan

Bagi ibu bapa yang menghantar anak-anak ke pusat asuhan, tadika dan taska, kerajaan akan membantu meringankan beban ibu bapa dengan memberikan pembebasan cukai yuran pendaftaran.

3.    Pelepasan Cukai OKU 

Jika anda membeli peralatan seperti kerusi roda atau katil untuk golongan orang kurang upaya (OKU), terdapat pelepasan cukai untuk pembelian tersebut.

Setiap OKU juga mendapat pengecualian cukai tambahan.

4.    Pelepasan Belanja Penyakit Kritikal & Serius

Pelepasan diberikan bagi perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius atau sukar diubati yang dihidapi sama ada oleh diri sendiri atau keluar.

Antara penyakit serius adalah sindrom Parkinson, AIDS, leukemia, penyakit buah pinggang, kanser dan sebagainya.

5.    Pelepasan Cukai Pemeriksaan Kesihatan

Jika anda ada membuat pemeriksaan perubatan penuh atau medical check-up, anda boleh mendapatkan pengecualian dalam cukai pemeriksaan kesihatan.

Pengecualian ini juga boleh didapati bagi pemeriksaan kesihatan pasangan dan anak-anak.

Bagaimana Pula Jika Syarikat?

jenis cukai

Pembayar cukai syarikat di Malaysia berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis pengecualian cukai bagi mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar kepada LHDN.

Cukai bagi syarikat iaitu cukai korporat dikenakan ke atas syarikat bermastautin (sendirian berhad dan berhad) yang memperoleh pendapatan:

    • Di Malaysia; dan

    • Dari luar Malaysia bagi syarikat insurans, pengangkutan laut dan udara dan perbankan sahaja.

Pemberian keistimewaan cukai ini disediakan untuk membantu meningkatkan produktiviti syarikat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Antara jenis pembebasan cukai yang disediakan adalah perbelanjaan modal, inovasi, pendidikan, pengurusan kualiti, skim insentif pelaburan, dan banyak lagi.

Selain itu, syarikat juga boleh menikmati keistimewaan cukai untuk derma kepada badan-badan kebajikan yang diiktiraf.

Untuk memohon pengurangan cukai, syarikat perlu mengemukakan borang permohonan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Permohonan perlu dibuat dalam tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan dan perlu dilengkapkan dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap.

Syarikat juga perlu memastikan bahawa mereka mematuhi semua syarat-syarat dan ketetapan-ketetapan yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Artikel Berkaitan; Pengurusan Kewangan: Apa Yang Syarikat Perlu Tahu

Jenis-jenis Pelepasan Cukai

Terdapat beberapa jenis pelepasan cukai yang ditawarkan oleh kerajaan seperti yang berikut:

1.   Taraf perintis

Diberikan kepada syarikat yang menyertai promosi yang dianjurkan oleh kerajaan.

2.   Elaun cukai pelaburan

Diberikan kepada peniaga ekoran pelaburan modal perniagaan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) dan berasaskan bahan mentah tempatan.

3.   Potongan cukai

Diberikan kepada pengeksport yang menjual barangan tempatan dengan kadar potongan bergantung pada jenis perbelanjaan terlibat.

4.   Pengecualian cukai

Diberikan kepada syarikat MSC terlibat dalam industri teknologi tinggi.

Perbelanjaan yang mendapat pengecualian cukai ialah penyelidikan pasaran eksport, pameran dan pengiklanan di luar negara.

5.   Elaun pelaburan semula

Diberikan kepada syarikat terlibat dalam perniagaan pengeluaran makanan, pembinaan jalan dan pembukaan tanah untuk pembelian aset modal.

Pendapatan syarikat dilabur semula untuk pembeli aset.

Penutup

Dengan pelbagai jenis pelepasan cukai yang disediakan, syarikat di Malaysia dapat memanfaatkannya untuk mengurangkan beban cukai mereka.

Oleh itu, syarikat perlu mengambil inisiatif untuk memohon alternatif yang sesuai ini dengan keperluan dan aktiviti anda.

Bagi mereka yang sedang berusaha untuk mendaftarkan syarikat mereka sendiri, jom daftar dengan Register Sdn Bhd Online dengan harga RM1498 sahaja!

Tak payah tunggu lama, dalam 3-5 hari bekerja sahaja dah siap!

Kenapa anda patut daftar syarikat anda dengan Register Sdn Bhd Online?

Cuba  lihat 10 perkara yang Register Sdn Bhd tawarkan, anda pasti tak nak lepaskan peluang ini:

    • Carian Nama Tanpa Had
    • Modal minima RM1
    • Pendaftaran 2 pengarah
    • Pendaftaran 2 pemegang saham
    • Kemaskini database di SSM MYCOID
    • Borang lengkap maklumat pendaftaran syarikat S14
    • Notis pendaftaran syarikat S15
    • Sijil pendaftaran syarikat S17
    • Lantikan setiausaha syarikat S58
    • Konsultasi pendaftaran Sdn Bhd 2 jam

3 bonus jika anda mendaftar syarikat anda dengan kami: 

    • Hanya RM50 bulanan secretarial fee
    • Percuma support group whatsapp director 24/7
    • Percuma eBook asas mengurus Sdn Bhd

Kelebihan lain yang Register Sdn Bhd tawarkan:

    1. Tanggungan atau liabiliti terhad.
    2. Ada kesinambungan.
    3. Kredibiliti yang tinggi.
    4. Kadar cukai rendah.
    5. Dividen syarikat tidak dikenakan cukai.
    6. Boleh bertukar milik.
    7. Boleh melantik pengurusan profesional.
    8. Mudah mendapat suntikan modal.
    9. Penyata kewangan yang disahkan.
    10. Potensi yang besar.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar syarikat Sdn Bhd sendiri, hubungi kami sekarang.