pengurusan kewangan

Pengurusan Kewangan: Apa Yang Syarikat Perlu Tahu?

Pengurusan kewangan secara umumnya berkaitan dengan perolehan, peruntukan dan kawalan sumber kewangan.

Syarikat dan pengurusan kewangan bergerak seiringan bagi mengetahui prestasi dan keadaan syarikat tersebut.

Pengurusan kewangan merupakan antara tanggungjawab terpenting bagi pemilik dan pengurus syarikat.

Keputusan dalam menguruskan kewangan syarikat boleh mempengaruhi keuntungan, aliran tunai dan keadaan kewangan syarikat.

Oleh itu, adalah sangat penting bagi anda untuk memahami kepentingan pengurusan kewangan dan cara merancang kewangan anda.

Jom kami kongsikan apa yang anda perlu tahu tentang pengurusan kewangan syarikat. 

Cara Rancang Kewangan Anda

pengurusan kewangan

Kita mulakan dengan langkah-langkah yang anda boleh lakukan untuk merancang kewangan anda.

1.  Perbelanjaan Operasi dan Modal

Perbelanjaan merupakan tindakan yang terlibat dalam transaksi perniagaan dan pentadbiran.

Dalam Penyata Untung Rugi, perbelanjaan dicatat dan tidak melibatkan pembayaran tunai seperti susut nilai aset tetap.

Contoh perbelanjaan adalah pendaftaran, gaji, KWSP & SOCSO, sewaan, utiliti dan sebagainya.

Dalam perniagaan, terdapat empat jenis perbelanjaan tidak berulang iaitu:

    1. Kos berkaitan untuk menubuhkan entiti perniagaan seperti pendaftaran syarikat dan yuran profesional.
    2. Kos berkaitan untuk menyediakan premis/lokasi perniagaan seperti deposit bagi sewa, utiliti, air dan elektrik, pemasangan telefon dan internet serta pembaikan premis.
    3. Kos berkaitan aset tetap dan peralatan perniagaan seperti mesin, komputer, perabot dan kelengkapan.
    4. Pemasaran dan promosi seperti profil syarikat, brosur produk/perkhidmatan dan kad perniagaan.

Dalam perniagaan juga, terdapat perbelanjaan operasi dan perbelanjaan modal.

Perbelanjaan operasi merupakan kos yang terlibat untuk mengendalikan operasi perniagaan manakala modal kerja adalah untuk pengembangan perniagaan.

Jumlah kos yang diperlukan bergantung kepada ramalan pendapatan yang diperoleh daripada produk atau perkhidmatan dalam tempoh tertentu, contohnya dalam 6 bulan atau setahun.

Contoh kos lain yang termasuk dalam perbelanjaan operasi dan modal adalah stok/inventori, gaji, KWSP dan SOCSO, bil air dan elektrik dan lain-lain.

Oleh itu, dalam kira-kira bajet anda, pastikan anda menganggarkan kos tidak berulang, kos operasi dan modal untuk tempoh waktu tertentu.

2.  Simpan Kira-kira

pengurusan kewangan

Setiap syarikat perlu mempunyai rekod yang baik setiap transaksi perniagaan, pendapatan dan perbelanjaan.

Hal ini supaya dapat mengenal pasti sama ada perniagaan mencapai keuntungan atau kerugian.

Pengetahuan asas tentang simpan kira-kira adalah penting untuk laporan kewangan yang konsisten.

Operasi harian perniagaan boleh direkodkan berdasarkan kitaran perakaunan yang ringkas seperti:

    • Penyata imbangan
    • Sumber dokumen perniagaan
    • Entri/jurnal
    • Lejar
    • Imbangan duga
    • Untung atau rugi

Selain itu, pastikan anda menyimpan rekod buku tunai untuk perbelanjaan dan dokumen asal seperti bil, invois, resit, pembayaran dan baucar jualan.

Kesemua ini adalah bukti bagi setiap data dalam buku tunai syarikat anda.

Sebagai peniaga, anda juga perlu menyediakan aliran tunai yang terdiri daripada aktiviti yang menghasilkan pendapatan seperti pembelian produk/perkhidmatan dan jualan.

3.  Wang Simpanan

Dengan mengetahui jumlah kos pelaburan perniagaan, anda perlu berusaha mencari dana untuk menampung kos tersebut.

Antara sumber dana yang boleh diperoleh adalah dari:

    1. Dalaman
    2. Pemilikan tunggal – duit pemilik
    3. Rakan kongsi – sumbangan modal rakan kongsi
    4. Syarikat – modal saham berbayar oleh pemegang saham
    5. Luaran
    6. Pinjaman bank perniagaan
    7. Skim pinjaman usahawan
    8. Kredit pembekal
    9. Keluarga dan rakan-rakan
    10. Pelabur

Tindakan terbaik adalah membiaya menggunakan simpanan sendiri tetapi anda mungkin tidak mempunyai jumlah modal yang cukup untuk satu tempoh masa tertentu.

Oleh itu, sumber dana lain boleh dipertimbangkan.

Jika anda ingin meminjam, pastikan anda mempunyai 5 kriteria ini:

    1. Sejarah kredit – reputasi peminjam melalui rekod pembayaran hutang
    2. Kapasiti – mengukur keupayaan peminjam untuk membayar semula pinjaman
    3. Modal – tahap keseriusan peminjam adalah berdasarkan kepada modal awal yang dikeluarkan untuk pelaburan yang berpotensi
    4. Cagaran – sebagai jaminan kemampuan untuk membayar balik jumlah pinjaman tersebut
    5. Syarat-syarat – contohnya kadar faedah dan jumlah pokok untuk mempengaruhi keinginan pemberi pinjam untuk membiayai peminjam

Dalam kira-kira Kos Pelaburan Perniagaan yang anda dah sediakan, tambah satu ruangan ‘Sumber Dana’ supaya anda tahu dari mana datangnya dana untuk menampung kos-kos tertentu.

4.  Celik Mengenai Cukai

Percukaian ialah salah satu aspek penting yang anda perlu tahu jika anda mempunyai syarikat sendiri kerana cukai merupakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.

Jom kita kenal dulu apa itu Tahun Taksiran.

Ianya merupakan tahun mengikut kalendar tahun, contohnya tahun taksiran 2023 adalah berakhir pada 31 Disember 2023.

Biasanya, tempoh tahun berakhir bagi syarikat, koperasi dan badan amanah adalah pada tahun taksiran tersebut.

Pembayar cukai perlu membayar cukai bagi setiap perolehan termasuk pendapatan daripada:

    • Perniagaan atau profesion
    • Pekerjaan
    • Dividen
    • Faedah
    • Diskaun
    • Sewa
    • Royalti
    • Premium
    • Pencen
    • Anuiti
    • Lain-lain

Oleh itu, setiap perolehan atau keuntungan yang diperoleh daripada sesuatu perniagaan akan dikenakan cukai.

Pengiraan cukai bermula dari penyata pendapatan syarikat yang telah disediakan mengikut Piawaian Perakaunan Malaysia.

Laporan audit sesebuah syarikat hendaklah disediakan terlebih dahulu sebelum pengiraan cukai dilakukan.

Dalam pengiraan pendapatan untuk percukaian, Seksyen 5 Akta Percukaian telah menggariskan panduan skop pendapatan bercukai, berdasarkan tempoh, penentuan pendapatan kasar, pelarasan pendapatan, pendapatan berkanun, pendapatan agregat dan jumlah pendapatan minimum untuk dicukaikan.

Baca Juga:

Cara Terkini Untuk Daftar KWSP Dengan Mudah

Kepentingan Pengurusan Kewangan

pengurusan kewangan

Antara kepentingan pengurusan kewangan adalah:

    • Mengurangkan kos kewangan
    • Memberikan panduan dalam perancangan kewangan
    • Membantu memperoleh dana dari pelbagai sumber
    • Membantu syarikat mengambil keputusan kewangan
    • Mengawal aspek kewangan perniagaan.

Penutup

Pengurusan kewangan syarikat boleh memberikan impak yang mendalam dalam jangka masa yang panjang.

Salah satu langkah awal bagi mengurus kewangan syarikat adalah dengan memastikan kos tidak berulang seperti pendaftaran syarikat rendah dan berpatutan.

Rata-rata, pendaftaran syarikat boleh mencecah RM 2,300 hingga RM 2,500.

Tetapi jika anda ingin dapatkan harga yang lebih berpatutan, Daftar Sdn Bhd menawarkan harga promosi RM 1,498 sahaja untuk mendaftar syarikat anda.

Yang menariknya, anda tak perlu tunggu lama. Dalam 3-5 hari bekerja sahaja dah siap!

10 tawaran Daftar Syarikat Sdn Bhd:

    • Carian Nama Tanpa Had
    • Modal minima RM 1
    • Pendaftaran 2 pengarah
    • Pendaftaran 2 pemegang saham
    • Kemaskini database di SSM MYCOID
    • Borang lengkap maklumat pendaftaran syarikat S14
    • Notis pendaftaran syarikat S15
    • Sijil pendaftaran syarikat S17
    • Lantikan setiausaha syarikat S58
    • Konsultansi pendaftaran Sdn Bhd 2 jam 

Bukan itu sahaja, kami juga menawarkan 3 bonus:

    • Hanya RM 50 bulanan secretarial fee
    • Percuma support group whatsapp director 24/7
    • Percuma eBook asas mengurus Sdn Bhd

Kalau anda masih berbelah bahagi, jom kami kongsi 10 kelebihan Daftar Sdn Bhd:

    1. Tanggungan atau liabiliti terhad.
    2. Ada kesinambungan.
    3. Kredibiliti yang tinggi.
    4. Kadar cukai rendah.
    5. Dividen syarikat tidak dikenakan cukai.
    6. Boleh bertukar milik.
    7. Boleh melantik pengurusan profesional.
    8. Mudah mendapat suntikan modal.
    9. Penyata kewangan yang disahkan.
    10. Potensi yang besar.

Pasukan kami terdiri daripada profesional yang berpengalaman luas dalam bidang setiausaha syarikat, percukaian, perakaunan, dan pengauditan.

Selain itu, kami pakar dalam bidang penyataan cukai peribadi dan penyata cukai korporat dan akan menawarkan nasihat mengenai akaun dan audit kepada syarikat anda.

Jadi, jangan tunggu lagi.