daftar syarikat sdn bhd

Cara Daftar Syarikat Sdn Bhd Online Pada Harga Mampu Milik!

Anda nak daftar syarikat sdn bhd anda dengan SSM tapi tak ada masa untuk ke Pejabat SSM? 

Jangan risau, sekarang anda boleh lakukan semuanya secara online sahaja. 

Jimat masa dan tenaga, kan?

Nak tahu macam mana? 

Jom kami kongsikan bagaimana cara untuk daftar SSM secara online

Bonus! Kami juga akan kongsikan macam mana anda boleh daftar syarikat anda dengan harga yang mampu milik. 

Apa Maksud SSM?

daftar syarikat sdn bhd

Sebelum tu, SSM ni apa? Memang kena daftar juga ke?

Ya! Semua perniagaan dan syarikat yang ditubuhkan di Malaysia perlu daftar dengan SSM.

SSM atau nama panjangnya Suruhanjaya Syarikat Malaysia merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada gabungan dua pejabat yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.

Dua pejabat tersebut ialah Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB).

SSM ini ditubuhkan oleh Kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Aktiviti utama SSM adalah sebagai agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan serta membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. 

SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002 merupakan peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat. 

SSM mengawal selia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif. 

Aktiviti ini adalah bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara. 

SSM bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang berikut: 

    • Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 
    • Akta Syarikat 2016 (Akta 777)
    • Akta Skim Kepentingan 2016  (Akta 778)
    • Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)
    • Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
    • Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100)
    • Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28)
    • Sebarang perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta yang dinyatakan di atas seperti:
        • Peraturan-Peraturan Skim Kepentingan 2017
        • Peraturan-Peraturan Syarikat 2017
        • Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957
        • Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Perlesenan Setiausaha 2017)
        • Peraturan-Peraturan Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

Dalam kata mudah, SSM mengawal dan memantau pendaftaran dan pematuhan perundangan syarikat dan perniagaan. 

Cara Daftar Syarikat Sdn Bhd Secara Online

daftar syarikat sdn bhd

Nak daftar syarikat atau perniagaan dengan SSM online ni senang saja.

    1. Layari laman sesawang EzBiz – SSM dan daftar sebagai pengguna EzBiz terlebih dahulu. https://ezbiz.ssm.com.my/?0 
    2. Bagi pendaftar kali pertama, tekan butang ‘Sign Up’ dan cipta akaun individu sebagai pemilik perniagaan. 
    3. Masukkan maklumat untuk melengkapkan pendaftaran akaun.
    4. Setelah semua maklumat diisi dengan betul dan tepat, pemohon akan menerima notifikasi melalui emel untuk pengaktifan akaun EzBiz pemohon.
    5. Setelah akaun EzBiz anda berjaya diaktifkan dan disahkan (setelah melalui semua proses termasuklah temujanji untuk akaun verifikasi), pemohon boleh terus ‘Sign In’.
    6. Lepas ‘Sign In’, anda boleh membuat permohonan pendaftaran perniagaan bersama SSM. 
    7. Klik pada ‘My Business Services’ pada bahagian Menu dan klik pada ‘New Business’. 
    8. Semua maklumat berkaitan dengan perniagaan pemohon hendaklah diisi dengan tepat dan betul seperti maklumat nama perniagaan, alamat perniagaan, cawangan, jenis perniagaan yang dijalankan, informasi pemilik dan banyak lagi.
    9. Lampirkan juga dokumen penting berkaitan dengan perniagaan pemohon.
    10. Pemohon mestilah membuat semakan kali kedua untuk mengelakkan daripada berlakunya kesalahan maklumat.
    11. Dah pasti semuanya betul, teruskan dengan menekan pada butang ‘Submit Payment’.
    12. Setelah membuat bayaran, anda perlu menunggu pengesahan daripada pihak SSM.
    13. Jika berjaya, pihak SSM akan menghantar notifikasi pengesahan dan pemohon akan mendapat Perakuan Pendaftaran Perniagaan. 

Artikel Berkaitan;

Cara Register Sdn Bhd Online SSM: Bisnes WAJIB Tahu!

Berapa RM Untuk Daftar Syarikat Sdn Bhd di Malaysia?

daftar syarikat sdn bhd

Mengikut Akta Syarikat 2016, individu yang ingin mendaftar syarikat di Malaysia perlu membayar RM1,010 ke SSM. 

Bayaran ini dicaj bagi setiap permohonan yang difailkan oleh pemilik perniagaan. 

Caj yang dikenakan oleh SSM adalah seperti di bawah: 

Butiran Caj yang Dikenakan Caj yang Dikenakan
Perniagaan Pemilikan Tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan RM 30
Perniagaan Pemilikan Tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred (nama perniagaan yang dicadangkan) RM 60
Pendaftaran Cawangan Perniagaan RM 5 untuk setiap cawangan
Cetakan Maklumat Perniagaan RM 10

Daftar Sdn Bhd Online Pada Harga Mampu Milik

Walaupun caj yang dikenakan oleh SSM bagi mendaftar syarikat adalah RM1000 namun ia merupakan kadar rata.

Terdapat caj lain yang anda perlu fikirkan.

Rata-rata, anda masih perlu menyediakan bayaran antara RM 2,300 hingga RM 2,500 untuk pendaftaran syarikat.

Tetapi jika anda ingin dapatkan harga yang lebih rendah, anda boleh dapatkan harga promosi RM 1,498 dengan Register Sdn Bhd Online. 

Dan yang menariknya, anda tak perlu tunggu lama. Dalam 3-5 hari bekerja sahaja dah siap!

10 tawaran Register Sdn Bhd Online: 

    • Carian Nama Tanpa Had
    • Modal minima RM 1
    • Pendaftaran 2 pengarah
    • Pendaftaran 2 pemegang saham 
    • Kemaskini database di SSM MYCOID
    • Borang lengkap maklumat pendaftaran syarikat S14
    • Notis pendaftaran syarikat S15
    • Sijil pendaftaran syarikat S17
    • Lantikan setiausaha syarikat S58
    • Konsultansi pendaftaran Sdn Bhd 2 jam

Bukan itu sahaja, kami juga menawarkan 3 bonus: 

    • Hanya RM 50 bulanan secretarial fee
    • Percuma support group whatsapp director 24/7
    • Percuma eBook asas mengurus Sdn Bhd

10 kelebihan Register Sdn Bhd Online

Kalau anda masih berbelah bahagi, jom kami kongsi 10 kelebihan Register Sdn Bhd Online:

    1. Tanggungan atau liabiliti terhad. 
    2. Ada kesinambungan. 
    3. Kredibiliti yang tinggi.
    4. Kadar cukai rendah.
    5. Dividen syarikat tidak dikenakan cukai.
    6. Boleh bertukar milik.
    7. Boleh melantik pengurusan profesional.
    8. Mudah mendapat suntikan modal.
    9. Penyata kewangan yang disahkan.
    10. Potensi yang besar.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar syarikat Sdn Bhd sendiri, hubungi kami sekarang.

Kami akan memberi nasihat berkaitan pembukaan syarikat serta membantu anda melalui setiap prosesnya dengan mudah.

Pasukan kami terdiri daripada profesional yang berpengalaman luas dalam bidang setiausaha syarikat, percukaian, perakaunan, dan pengauditan.

Kami juga bekerjasama dengan akauntan dan juruaudit yang bertauliah untuk urusan penyediaan laporan kewangan syarikat anda.

Selain itu, kami pakar dalam bidang penyataan cukai peribadi dan penyata cukai korporat dan akan menawarkan nasihat mengenai akaun dan audit kepada syarikat anda.

Kami juga sentiasa komited untuk memberikan anda perkhidmatan yang berkualiti dan membantu kepada pertumbuhan dan pengembangan syarikat anda.

Jangan tunggu lagi, klik link bawah sekarang!