register sdn bhd

Cara Register Sdn Bhd Online SSM: Bisnes WAJIB Tahu!

Sebagai seorang pemilik bisnes, anda perlu tahu cara register sdn bhd melalui online SSM. 

Langkah ini amat penting kerana ia adalah sebahagian daripada undang-undang yang sudah digubal. 

Jika anda perlukan penerangan mengenai topik ini, anda sedang membaca artikel yang betul! 

Jadi, teruskan membaca untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai cara register sdn bhd. 

Info Penting Mengenai Sdn Bhd

register sdn bhd

Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) ialah salah satu dari dua jenis syarikat berhad dengan saham yang ditubuhkan bermatlamatkan keuntungan. 

Penubuhan, perjalanan dan penutupan syarikat ini dikawal selia oleh Akta Syarikat 2016.

Liabiliti syarikat Sdn Bhd adalah terhad setakat jumlah modal yang dikeluarkan oleh pemiliknya sahaja. 

Maksudnya, kalau pemilik syarikat telah mengeluarkan sejumlah modal, pemilik tidak perlu lagi menyumbang wang walaupun syarikat diancam muflis akibat gagal bayar hutang.

Selain itu, syarikat Sdn Bhd juga mempunyai entiti perundangan tersendiri seperti manusia biasa. 

Syarikat boleh meminjam, membeli, menyewa, memasuki kontrak, menyaman, disaman, memiliki harta dan hartanah menggunakan nama syarikat tanpa melibatkan nama pemilik.

Kalau anda nak tubuhkan syarikat Sdn Bhd sendiri, anda memerlukan minimum seorang pengarah syarikat yang mempunyai alamat kediaman di Malaysia.

Selain itu, minimum 2 orang pemegang saham juga diperlukan bagi melengkapkan proses penubuhan.

Syarikat Sdn Bhd juga wajib melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat– sama ada menggajinya bekerja atau mendapatkan perkhidmatan syarikat setiausaha.

Semua urusan berkaitan syarikat dari penubuhan hingga penutupan perlu dilakukan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pada setiap hujung tahun, syarikat diwajibkan untuk: 

    1. Menyiapkan dan membentangkan laporan akaun audit syarikat di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Syarikat.
    2. Mengadakan MAT Syarikat.
    3. Menyerahsimpan satu laporan tahunan syarikat ke SSM.

Kegagalan mematuhi ketiga-tiga keperluan wajib di atas boleh menyebabkan syarikat dan para pengarah dikenakan kompaun oleh SSM. 

Selain itu, jika disabitkan kesalahan di mahkamah boleh menyebabkan syarikat dikenakan penalti yang tinggi. 

Syarikat Sdn Bhd akan terus wujud walau apa jua perubahan yang berlaku pada para pemiliknya, walaupun dengan kematian semua pemiliknya. 

Syarikat hanya akan tertutup jika terdapat satu prosedur penutupan terhadapnya yang dilakukan sama ada melalui SSM atau mahkamah. 

Syarat-syarat dan Dokumen Penting Sdn Bhd

register sdn bhd

Untuk menubuhkan syarikat Sdn Bhd, perlu ada sekurang-kurangnya seorang pengarah dan seorang pemegang saham. 

Orang yang sama boleh memegang kedua-dua jawatan. 

Anda layak menjadi pengarah syarikat Sdn Bhd jika: 

    • Anda berumur 18 tahun ke atas
    • Anda lazim tinggal di Malaysia dengan mempunyai alamat utama di Malaysia
    • Anda bukan pengarah gilir atau gantian 
    • Anda tidak kelayakan di bawah Akta Syarikat 2016
    • Anda berfikiran waras (tidak gila)

Tetapi sebelum anda mendaftar syarikat anda sebagai Sdn Bhd, lebih baik jika anda memahirkan diri dengan peranan dan tanggungjawab pengarah dan pemegang saham di Malaysia.

Syarat untuk mendaftar SSM di Malaysia pula adalah seperti berikut: 

    • Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia
    • Berumur 18 tahun ke atas
    • Pendaftaran perniagaan tidak boleh lewat dari 30 hari dari tarikh perniagaan dimulakan
    • Sifat perniagaan tidak boleh menyalahi undang-undang atau mungkin digunakan untuk tujuan melanggar undang-undang.

Kini, anda dah tahu syarat-syarat pengarah dan pendaftaran syarikat dengan SSM! 

Seterusnya, anda memerlukan beberapa maklumat dan dokumen penting yang berkaitan dengan syarikat anda. 

Berikut adalah maklumat penting yang anda mesti tunjukkan dalam dokumen pendaftaran syarikat anda:

    • Nama syarikat
    • Sifat perniagaan dan butiran lanjut tentang model perniagaan
    • Alamat syarikat
    • Maklumat mengenai pengarah dan pemegang saham
    • Passport / My Card untuk pengesahan
    • Surat kebenaran untuk tujuan tanda dagangan

Artikel Berkaitan;

Cara Daftar Syarikat Sdn Bhd SSM Online Pada Harga Mampu Milik!

Proses Pendaftaran Sdn Bhd di Malaysia

register sdn bhd

Perniagaan di Malaysia boleh didaftarkan dengan SSM menggunakan nama peribadi atau nama dagang. 

Jika anda mendaftarkan perniagaan menggunakan nama peribadi (nama pada kad pengenalan), anda tidak perlu mengemukakan permohonan untuk nama perniagaan.

Kalau anda ingin daftar menggunakan nama dagang, nama perniagaan yang dicadangkan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu dari Pendaftar Perniagaan. 

Lepas nama dah lulus, langkah seterusnya adalah:

    • Lengkapkan Borang A Pendaftaran Perniagaan dengan butiran seperti nama perniagaan, tarikh memulakan perniagaan, tempat utama menjalankan perniagaan, alamat cawangan (jika ada), maklumat tentang pemilik dan rakan kongsi, jenis perniagaan yang dijalankan dan salinan Perjanjian Perkongsian (jika ada).

    • Jika ada lebih daripada satu pemilik perniagaan yang terlibat, setiap pemilik dan rakan kongsi diminta untuk menandatangani borang yang lengkap.

    • Borang permohonan mesti dihantar melalui kaunter atau melalui perkhidmatan SSM e-Penghantaran online di laman sesawang SSM.

    • Dokumen yang perlu dihantar bersama dengan borang termasuklah salinan kad pengenalan individu, permit, lesen atau surat sokongan untuk jenis perniagaan, kelulusan surat sokongan dari agensi yang berkenaan jika diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan.

Daftar Sdn Bhd Online Pada Harga Promosi

Jika anda pertama kali mendaftar syarikat anda sebagai Sdn Bhd, pastinya anda risau akan berapa ribu anda perlu sediakan hanya untuk daftar syarikat anda.

Pengalaman mendaftar syarikat, anda perlu menyediakan bayaran antara RM 2,300 hingga RM 2,500 untuk pendaftaran syarikat.

Tapi jangan risau! 

Dengan Register Sdn Bhd Online, anda boleh dapatkan harga promosi RM1,498 sahaja! 

Bukan itu sahaja, anda tak perlu tunggu lama. Dalam 3-5 hari bekerja sahaja dah siap!

Apa yang Register Sdn Bhd Online tawarkan? 10 perkara ini: 

    • Carian Nama Tanpa Had.
    • Modal minima RM 1.
    • Pendaftaran 2 pengarah.
    • Pendaftaran 2 pemegang saham. 
    • Kemaskini database di SSM MYCOID.
    • Borang lengkap maklumat pendaftaran syarikat S14.
    • Notis pendaftaran syarikat S15.
    • Sijil pendaftaran syarikat S17.
    • Lantikan setiausaha syarikat S58.
    • Konsultansi pendaftaran Sdn Bhd 2 jam.

3 bonus jika anda mendaftar syarikat Sdn Bhd dengan kami:  

    • Hanya RM 50 bulanan secretarial fee.
    • Percuma support group whatsapp director 24/7.
    • Percuma eBook asas mengurus Sdn Bhd.

Kelebihan Register Sdn Bhd 

    1. Tanggungan atau liabiliti terhad. 
    2. Ada kesinambungan. 
    3. Kredibiliti yang tinggi.
    4. Kadar cukai rendah.
    5. Dividen syarikat tidak dikenakan cukai.
    6. Boleh bertukar milik.
    7. Boleh melantik pengurusan profesional.
    8. Mudah mendapat suntikan modal.
    9. Penyata kewangan yang disahkan.
    10. Potensi yang besar.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar syarikat Sdn Bhd sendiri, hubungi kami sekarang.

Kami akan memberi nasihat berkaitan pembukaan syarikat serta membantu anda melalui setiap prosesnya dengan mudah.

Pasukan kami terdiri daripada profesional yang berpengalaman luas dalam bidang setiausaha syarikat, percukaian, perakaunan, dan pengauditan.

Kami juga bekerjasama dengan akauntan dan juruaudit yang bertauliah untuk urusan penyediaan laporan kewangan syarikat anda.

Selain itu, kami pakar dalam bidang penyataan cukai peribadi dan penyata cukai korporat dan akan menawarkan nasihat mengenai akaun dan audit kepada syarikat anda.

Kami juga sentiasa komited untuk memberikan anda perkhidmatan yang berkualiti dan membantu kepada pertumbuhan dan pengembangan syarikat anda.

Tunggu apa lagi?