pengarah syarikat

Pengarah Syarikat: Tanggungjawab & Tugas

Pernahkah anda tertanya-tanya apa sebenarnya tugas pengarah syarikat?

Adakah tugas pengarah syarikat sama seperti yang dipaparkan di televisyen? 

Sekiranya anda bercadang untuk membuka syarikat sendiri, anda semestinya perlu faham akan jawatan-jawatan penting yang membantu produktiviti syarikat.

Oleh itu, teruskan membaca!

Artikel ini akan membantu anda memahami tugas pengarah syarikat. 

Kami juga akan memperkenalkan anda kepada sebuah agensi yang sangat membantu bagi membina dan mendaftarkan syarikat anda.

Siapa Pengarah Syarikat Ini Sebenarnya?

pengarah syarikat

Pengarah syarikat atau pengurus besar merujuk kepada individu terpenting dalam sesebuah organisasi.

Pengarah juga termasuk sesiapa sahaja yang memegang jawatan pengarah sesuatu perbadanan.

Mereka diberi amanah, kepercayaan, tanggungjawab dan tugas untuk mentadbir dan mengawal keseluruhan syarikat tersebut.

Pengarah syarikat perlu memastikan urusniaga syarikat berjalan dengan lancar, teratur dan selari dengan garis panduan perundangan negara.

Selain itu, kejayaan sesebuah syarikat bergantung kepada banyak faktor. Terutama sekali sikap pengarah dalam urusniaga itu sendiri.

Bagi memastikan syarikat sentiasa mendapat keuntungan dan berjaya berdaya saing, pengarah tersebut perlu ada sikap jujur, bijak dan cekap.

Tugas Sebagai Pengarah Syarikat

pengarah syarikat

1. Menjalankan tugas dengan baik demi kepentingan syarikat

Seorang pengarah syarikat perlu menggunakan kuasanya pada setiap masa mengikut akta yang telah ditetapkan.

Individu yang memegang jawatan sebagai pengarah syarikat perlu mempunyai niat yang baik dan strategi yang bernas demi kepentingan terbaik syarikat. 

Selain itu, individu yang diberi amanah itu perlu mempertimbangkan kepentingan syarikat dan bukannya orang lain termasuklah kepentingan peribadinya sendiri atau kepentingan pemegang saham.

Sebagai contoh:

  • Semasa menerbitkan saham baru, pengarah mesti menggunakan kuasa mereka dengan tujuan yang betul, iaitu untuk meningkatkan modal syarikat bagi membiayai perniagaannya. 
  • Pemegang saham telah mengikuti prosedur yang betul untuk untuk bermesyuarat dengan pemegang saham tetapi para pengarah cuba menyekat permintaan tersebut.
  • Syarikat telah melakukan kesalahan tetapi pengarah memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pekerja tersebut untuk melindunginya.

2. Elak sebarang konflik kepentingan

Seorang pengarah tidak boleh menggunakan jawatannya untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya atau orang lain. 

Beliau juga tidak boleh menyebabkan kerugian kepada syarikat tanpa persetujuan lembaga pengarah atau pengesahan yang diluluskan dalam mesyuarat.

Antaranya adalah:

  • Menggunakan harta syarikat sesuka hati.
  • Mengambil kesempatan atas maklumat yang diperoleh berdasarkan kedudukannya sebagai pengarah syarikat.
  • Terlibat dalam perniagaan yang bersaing dengan syarikat tersebut.

3. Bertindak dengan sewajarnya

Seorang pengarah mesti menjalankan tugas dengan berhati-hati, berilmu dan tekun.

Bukan itu sahaja, seorang pengurus besar syarikat juga harus sentiasa memastikan bahawa keputusan yang dibuat adalah standard tertinggi dan demi kepentingan terbaik syarikat. 

Tugas tersebut dikenakan tidak kira sama ada pengarah itu adalah pengarah eksekutif atau pengarah bukan eksekutif dan ia juga meliputi kakitangan pengurusan kanan.

4. Membuat pertimbangan perniagaan

Ketika membuat sesuatu keputusan untuk perniagaan, seorang pengarah mestilah:

  • Membuat keputusan dengan niat yang baik.
  • Tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam perkara sesuatu perkara.
  • Membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diberikan yang difikirkan wajar serta sesuai dengan keadaan dan kepentingan syarikat.

Baca Juga: Cara Terkini Untuk Daftar KWSP Dengan Mudah

5. Peka kepada maklumat

Semasa menjalankan tugas, seorang pengurus besar syarikat boleh bergantung kepada individu-individu berikut untuk mendapatkan maklumat:

  • Pegawai atau pekerja yang diyakini cekap dan boleh dipercayai .
  • Ahli profesional atau pakar yang dilantik oleh syarikat pengarah-pengarah lain.
  • Jawatankuasa kepada lembaga pengarah, yang mana pengarah adalah bukan ahli.

Namun, walaupun pengurus besar bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh pekerjanya, dia tetap perlu bertindak dengan niat baik dan penilaian yang bagus.

6. Perwakilan kuasa

Seorang pengarah boleh memberikan kuasa lembaga kepada jawatankuasa, pengarah, pegawai, pekerja atau pakar.

Namun, perwakilan tersebut seharusnya tidak bercanggah dengan akta perlembagaan syarikat, resolusi dewan atau resolusi anggota. 

Pengarah boleh melepaskan tugasnya jika beliau yakin bahawa perwakilan tersebut akan menjalankan tugas yang diarahkan dengan kompeten.

7. Melaksanakan sistem kawalan dalaman

Pengarah syarikat atau anak syarikatnya mesti memastikan bahawa syarikat tersebut telah melaksanakan sistem kawalan dalaman. 

Sistem tersebut memberikan jaminan yang munasabah bahawa aset syarikat akan sentiasa dilindungi daripada kehilangan. 

Ini termasuklah dari penggunaan atau pelupusan yang tidak dibenarkan. 

Ia juga untuk memastikan semua transaksi disahkan dan direkodkan untuk membolehkan penyediaan penyata kewangan syarikat.

Kesimpulannya, mendirikan sebuah syarikat yang proaktif dan berjaya bukanlah satu perkara yang mudah. 

Setiap ahli terutamanya pengurus syarikat perlu menjalankan tugas mereka dengan berkaliber, cekap dan berpengetahuan.

Sekiranya anda berminat untuk membina dan mendaftar syarikat, anda boleh menghubungi REGISTER SDN BHD ONLINE segera!

Pasukan kami terdiri daripada profesional yang berpengalaman luas dalam bidang setiausaha syarikat, percukaian, perakaunan, dan pengauditan.

Kami juga bekerjasama dengan akauntan dan juruaudit yang bertauliah untuk urusan penyediaan laporan kewangan syarikat anda.

Selain itu, kami pakar dalam bidang penyataan cukai peribadi dan penyata cukai korporat dan akan menawarkan nasihat mengenai akaun dan audit kepada syarikat anda.

Kami juga sentiasa komited untuk memberikan anda perkhidmatan yang berkualiti dan membantu kepada pertumbuhan dan pengembangan syarikat anda.