kelebihan syarikat sdn bhd

Kelebihan Syarikat Sdn Bhd Berbanding Enterprise

Walaupun ada banyak kelebihan syarikat sdn bhd, secara kebiasaannya usahawan-usahawan kecil memulakan perniagaan mereka dengan menubuhkan Syarikat Enterprise samada milikan tunggal ataupun perkongsian.

Cara inilah yang biasa dilakukan oleh usahawan kecil apabila mula-mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Rungutan atau rintihan yang selalu kita dengar dari Usahawan kecil ialah kekurangan modal dan ini telah sinonim dalam kehidupan usahawan kecil.

Setelah lama berniaga, perniagaan usahawan kecil telah berkembang dan semakin maju serta berjaya maka sudah sampai waktunya untuk para usahawan ini berjinak-jinak untuk menaiktaraf perniagaan mereka kepada syarikat sdn bhd.

Kelebihan menubuhkan atau berniaga menggunakan syarikat sdn bhd berbanding enterprise, pemilik tunggal dan perkongsian:

Kekurangan Enterprise

1.Tanggungan Atau Liabiliti Tidak Terhad

Dari segi undang-undang, perniagaan enterprise tidak terpisah dari pemiliknya.

Jika berlaku masalah muflis dan perniagaan terpaksa ditutup, pemilik akan turut sama menjadi muflis dan harta benda mereka akan disita.

2. Tidak Ada Kesinambungan (Continuity)

Perniagaan milik tunggal atau enterprise akan terbubar jika berlaku kematian salah seorang pemiliknya.

3. Kurang Kredibiliti Atau Kurang Diyakini

Perniagaan enterprise secara dasarnya ialah perniagaan yang boleh ditubuhkan dengan kos yang paling rendah.

Perniagaan enterprise juga tidak mempunyai kewajipan untuk menfailkan laporan audit dan kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pihak Bank kurang yakin untuk memberi pinjaman yang berjumlah besar walaupun projek berdaya maju.

4. Tiada Pengecualian Cukai

Perniagaan enterprise boleh dikatakan susah jika tiada pengecualian cukai yang diberikan.

5. Tidak Boleh Memberi Dividen

Disebabkan keupayaanya yang terhad, perniagaan milik tunggal atau enterprise tidak boleh memberi dividen kepada Pemegang Saham.

Baca Juga; 5 Contoh Pelepasan Cukai & Syarikat Pun Ada Juga?

Kelebihan Syarikat Sdn Bhd

1. Tanggungan Atau Liabiliti Terhad

Mengikut akta syarikat 1965, syarikat sdn bhd merupakan sejenis perniagaan berhad dengan modal saham.

Maksudnya jika berlaku penutupan syarikat kerana muflis, pemilik dan aset atau harta pemilik syarikat akan selamat.

Hanya harta benda syarikat sahaja yang disita atau ditahan.

2. Ada Kesinambungan Atau Berterusan Dari Segi Operasi Syarikat (Continuity)

Saham sesebuah syarikat sdn bhd dengan jumlah pegangan seseorang individu merupakan satu tanda pemilikan dalam syarikat sdn bhd tersebut.

Pemegang saham atau pemilik sesebuah syarikat sdn bhd itu boleh memindah saham yang dimilikinya atau dipegangnya pada bila-bila masa sahaja.

Dengan itu syarikat tidak akan terjejas walaupun mana-mana si pemegang saham atau pemilik sesebuah syarikat sdn bhd itu meninggal dunia.

3. Imej Atau Kredibiliti Syarikat Sdn Bhd Akan Meningkat:

Pada dasarnya syarikat sdn bhd atau berhad ditubuhkan dengan sejumlah kos yang lebih tinggi dari enterprise.

Syarikat sdn bhd juga diwajibkan melantik setiausaha syarikat dan Juru Audit Bertauliah untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Syarikat 1965.

Lapuran kewangan dan tahunan syarikat sdn bhd pada setiap tahun diwajibkan untuk difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Dengan sendirinya akan menjadikan kredibiliti syarikat sdn bhd lebih tinggi dan meyakinkan pihak ketiga untuk berurusan dengan mereka.

Pihak bank lebih yakin untuk memberi pinjaman yang berjumlah besar.

4. Memperolehi Pelbagai Jenis Pengecualian Cukai

Diantara kelebihan yang besar yang akan diperolehi oleh syarikat sdn bhd ialah pengecualian cukai.

5. Boleh Memberi Dividen

Disebabkan keupayaanya yang luas dan dinamik, syarikat sdn bhd juga boleh memberi dividen kepada Pemegang Sahamnya jika ada lebihan untung bersih.