Contents
Apabila syarikat sudah melangkau ke suatu usia, syarikat pastinya mahu lakukan lakukan kelainan bagaikan brand yang baru!
Sebagai contoh, Digi.COM Berhad menukar nama ke CELCOMDIGI Berhad dan AirAsia sebagai Capital A Berhad.
Bagi Capital A Berhad, ia mencerminkan strategi perniagaan teras baharu bagi kumpulan sebagai syarikat pegangan pelaburan dengan portfolio perniagaan perjalanan dan gaya hidup.
Jadi, apa salahnya anda menukar nama syarikat kepada yang lebih versatile dan menepati cita rasa terkini! Anda tidak perlu gusar, kami akan kongsikan panduan tukar nama dan contoh-contoh nama syarikat yang menarik digunakan. Teruskan membaca!
Cara Pilih Nama Syarikat
Prinsip Menamakan Syarikat:
- Penggunaan bahasa dan ejaan yang betul.
Nama hendaklah menggunakan laras Bahasa dan ejaan yang betul. Penggunaan campuran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah dibenarkan jika penggunaannya adalah untuk menggambarkan jenis perniagaan dan mestilah mengikut laras Bahasa yang betul.
Sebagai contoh:
i) Padu Construction bukan Construction Padu Kedai.
ii) Dobi Power bukan Power Kedai Dobi.
- Nama yang tidak terlalu umum.
- Tidak menyerupai nama perniagaan yang telah didaftarkan atau dalam simpanan.
Nama perniagaan adalah dikatakan sama/serupa jika hanya dibezakan oleh penggunaan perkataan atau simbol yang berikut:
i) Simbol “&” atau huruf/abjad “N”, atau perkataan “dan” atau “and”. Contohnya;
Light & Easy Trading = Light N Easy Trading
Light and Easy Trading = Light Easy Trading
ii) Penggunaan simbol “.” (noktah) atau ”-“ (sempang)
Sebagai contoh, A-B-C Trading = A.B.C. Trading
iii) Mengandungi perkataan-perkataan yang membawa maksud yang sama.
Sebagai contoh, penggunaan perkataan Builder= Build
iv) Perbezaan hanya perkataan “New” atau “Baru”.
Contoh: Golden Dynamic Trading = New Golden Dynamic Trading Perusahaan Dinamik = Perusahaan Dinamik Baru
v) Nama Perniagaan adalah dianggap berbeza dan tidak sama jika mempunyai perbezaan huruf atau susun kata.
Contohnya: Blue Star Trading tidak sama dengan Star Blue Trading,
CM World Trading tidak sama dengan CMT World, Trading MCY Tech tidak sama dengan MYC Tech .
vii) Perkataan biasa yang digabungkan adalah dianggap perkataan biasa dan tidak sama jika keseluruhan nama tidak sama.
Contoh: Setiabudi Maju Services tidak sama dengan Setiabudi Jaya Services.
- Bukan nama-nama yang kurang sopan, menghina atau mengelirukan dari segi identiti dan objek.
- Mematuhi prinsip-prinsip umum lain yang ditetapkan.
- Jangan gunakan nama yang terlalu panjang. Maksima adalah 3 patah perkataan dan seeloknya 2 patah perkataan.
- Jangan gunakan nama yang tiada maksud.
- Anda tidak dibenarkan menggunakan nama yang digunakan institusi lain seperti PNB, BSN ataupun TEKUN.
- Tidak menggunakan perkataan yang dilarang oleh undang-undang seperti “diraja malaysia”, “persekutuan” atau “sultan”.
- Anda tidak boleh menggunakan nama yang berkaitan seperti “bank”, “pasaran saham” atau “ejen hartanah”.
Baca Juga;
Panduan Memilih Nama Untuk Tukar Nama Syarikat Sdn Bhd
- Letak perkataan
Sebagai contoh, Faisha International sdn bhd.
- Letak nama founder syarikat yang diusahakan.
Sebagai contoh yang tidak asing lagi, Jimmy Choo yang mengusahakan perniagaan kasut. Salah satu cara yang sering digunakan kerana kelihatan lebih dekat dengan pelanggan.
- Letakkan kepakaran syarikat anda.
Sebagai contoh, Burger Sedap. Cara seperti ini sering digunakan oleh ramai peniaga di luar sana.
- Pendekkan Nama.
Selalu yang kita lihat adalah brand McDonald yang disingkatkan menjadi McD.
- Menggunakan perkataan yang
Di Malaysia, syarikat Noir dan Les’ Copaque Production menggunakan 1 nama dan dalam bahasa asing. Ia kelihatan gah dan menarik.
- Letak Nama Tempat dan Niche Perniagaan.
Contoh yang anda boleh gunakan ialah Asam Pedas Melaka. Pastikan produk tersebut memang sinonim dengan tempat tersebut.
- Letak nama tokoh.
Brand popular yang kita ketahui ialah Telekung Siti Khadijah dan Yusoof Taiyoub. Anda boleh ambil inspirasi dari nama-nama ini sebagai nama syarikat yang baru.
Cara Tukar Nama Syarikat
Ya, anda boleh tukar nama syarikat sdn bhd anda.
Tetapi, anda memerlukan bantuan setiausaha syarikat yang anda telah lantik. Hanya setiausaha syarikat mempunyai access ke database SSM untuk melakukan penukaran nama.
Langkah Untuk Tukar Nama Syarikat:
- Anda perlu menyediakan 3 pilihan nama baru.
- Laporkan kepada setiausaha syarikat anda. Kemudian, setiausaha syarikat akan menyediakan resolusi pengarah bagi mengesahkan pertukaran nama syarikat kepada nama syarikat yang baru. Wajib bagi semua pengarah untuk menandatangani resolusi pengarah ini.
- Dengan resolusi pengarah tersebut, setiausaha syarikat akan menghantar Borang 11 (Borang Pertukaran Nama Syarikat) kepada SSM. Selepas disahkan SSM akan mengeluarkan Borang 13 (Borang Nama Syarikat) bagi mengesahkan pertukaran nama syarikat.
Kos dan Tempoh Pertukaran Nama Syarikat Sdn Bhd
5-7 hari berkerja merupakan tempoh yang diperlukan untuk mengesahkan nama syarikat sdn bhd yang baru. Kos pertukaran nama syarikat adalah bermula dari RM 300.
Daftar Sdn Bhd Online Pada Harga Promosi
Jika anda pertama kali mendaftar syarikat anda sebagai Sdn Bhd, pastinya anda risau akan berapa ribu anda perlu sediakan hanya untuk daftar syarikat anda.
Pengalaman mendaftar syarikat, anda perlu menyediakan bayaran antara RM 2,300 hingga RM 2,500 untuk pendaftaran syarikat.
Tapi jangan risau!
Dengan Register Sdn Bhd Online, anda boleh dapatkan harga promosi RM1,498 sahaja!
Bukan itu sahaja, anda tak perlu tunggu lama. Dalam 3-5 hari bekerja sahaja dah siap!
Apa yang Register Sdn Bhd Online tawarkan? 10 perkara ini:
- Carian Nama Tanpa Had.
- Modal minima RM 1.
- Pendaftaran 2 pengarah.
- Pendaftaran 2 pemegang saham.
- Kemaskini database di SSM MYCOID.
- Borang lengkap maklumat pendaftaran syarikat S14.
- Notis pendaftaran syarikat S15.
- Sijil pendaftaran syarikat S17.
- Lantikan setiausaha syarikat S58.
- Konsultansi pendaftaran Sdn Bhd 2 jam.
3 bonus jika anda mendaftar syarikat Sdn Bhd dengan kami:
- Hanya RM 50 bulanan secretarial fee.
- Percuma support group whatsapp director 24/7.
- Percuma eBook asas mengurus Sdn Bhd.
Banyak kelebihan Register Sdn Bhd ni seperti:
- Tanggungan atau liabiliti terhad.
- Ada kesinambungan.
- Kredibiliti yang tinggi.
- Kadar cukai rendah.
- Dividen syarikat tidak dikenakan cukai.
- Boleh bertukar milik.
- Boleh melantik pengurusan profesional.
- Mudah mendapat suntikan modal.
- Penyata kewangan yang disahkan.
- Potensi yang besar.
Sekiranya anda berminat untuk mendaftar syarikat Sdn Bhd sendiri, hubungi kami sekarang.
Kami akan memberi nasihat berkaitan pembukaan syarikat serta membantu anda melalui setiap prosesnya dengan mudah.
Pasukan kami terdiri daripada profesional yang berpengalaman luas dalam bidang setiausaha syarikat, percukaian, perakaunan, dan pengauditan.
Kami juga bekerjasama dengan akauntan dan juruaudit yang bertauliah untuk urusan penyediaan laporan kewangan syarikat anda.
Selain itu, kami pakar dalam bidang penyataan cukai peribadi dan penyata cukai korporat dan akan menawarkan nasihat mengenai akaun dan audit kepada syarikat anda.
Kami juga sentiasa komited untuk memberikan anda perkhidmatan yang berkualiti dan membantu kepada pertumbuhan dan pengembangan syarikat anda.
Tunggu apa lagi?
No related posts.