lesen kewangan

Lesen Kewangan Syarikat: Penting Ke?

Lesen kewangan atau lesen MOF merupakan lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Sebenarnya, ramai pembekal memohon lesen kewangan syarikat bagi membolehkan syarikat memasuki tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Syarikat wajib ada sijil MOF untuk berurusan dengan jabatan kerajaan atau badan berkanun. Malah, ia juga boleh dijadikan sebagai satu pencapaian dalam syarikat anda di masa akan datang.

Lesen kewangan syarikat wajib dimohon sendiri oleh syarikat. Jadi, pastikan syarikat tidak alpa untuk melakukannya.

3 Perkara Wajib Kena Tahu Mengenai Lesen Kewangan

lesen kewangan

1. Dokumen Yang Sah

Di sini, anda perlu menyediakan dokumen yang diperlukan dan memastikan bahawa maklumat di dalam dokumen tersebut adalah benar dan terkini. Antara dokumen yang diperlukan:

  • Salinan SSM anda
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik & Pekerja
  • Penyata Bank bagi akaun semasa syarikat yang terkini berbaki sekurang-kurangnya RM2,500.00
  • Penyata/Borang A
  • Resit bayaran KWSP bagi bulan terkini.
  • Kemukakan lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) dan surat perjanjian sewa premis yang telah dimatikan setem jika menggunakan alamat pejabat.

Pemilik syarikat harus mengemas kini dokumen pendaftaran syarikat supaya proses permohonan lesen kewangan dapat berjalan dengan lancar.

Alamat perniagaan ini kadang kala berubah dan lupa untuk di update.  

2. Pemilihan Kod Bidang Lesen

Pemilihan kod bidang amat penting semasa proses pendaftaran lesen kewangan kerana ia akan menentukan jenis tawaran tender yang anda layak mohon.

Anda perlu pastikan bahawa keterangan kod ini didaftarkan di dalam jenis perniagaan syarikat anda. Kod bidang yang tidak selari dengan jenis perniagaan bakal ditolak oleh pegawai yang meluluskan permohonan anda.

3. Maklumat Sijil

Untuk pengetahuan anda, hanya penama sahaja yang layak untuk mewakili syarikat bagi menguruskan tender atau sebut harga atau menyertai taklimat dan lawatan tapak tender.

Oleh itu, pemilik wajib memastikan penama telah dimasukkan semasa memohon lesen kewangan. Setiap syarikat dibenarkan meletakkan maksima 10 orang penama di dalam sijil.

Kepentingan Lesen Kewangan

lesen kewangan

Seperti yang dikatakan pada awal artikel, lesen kewangan ini penting bagi memasuki tender atau sebut harga yang dikeluarkan kerajaan.

Tanpa lesen kewangan, pihak kerajaan tidak boleh membuat pembayaran ke atas perkhidmatan atau produk yang telah ditawarkan.

Hal ini kerana syarikat anda tidak berdaftar dengan MOF seterusnya tidak mempunyai sistem eperolehan sebagai medium pembayaran dari pihak jabatan kerajaan.

Hal ini telah merugikan dan mengganggu aktiviti perniagaan syarikat. Syarikat hanya perlu menyediakan kos pendaftaran dan menunggu tempoh kelulusan seperti dikongsikan di bawah:

1. Kos Pendaftaran

Pendaftaran bagi perniagaan milikan tunggal/perkongsian (Enterprise) adalah RM980.00 sahaja manakala pendaftaran bagi syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd), koperasi & pertubuhan adalah sebanyak RM1280.00 sahaja.

Setelah pembayaran dilakukan, anda akan dapat 30 kod bidang (maksimum) yang berkaitan dengan jenis perniagaan anda berserta dengan sijil digital ePerolehan syarikat anda.

2. Tempoh Kelulusan

Tempoh kelulusan permohonan pendaftaran baru hanya mengambil masa 7 hingga ke 14 hari waktu bekerja sahaja!

Manakala bagi sijil taraf bumiputera ini akan makan masa 1 ke 2 bulan kerana permohonan ini memerlukan lawatan tapak oleh pegawai-pegawai MOF ke premis syarikat anda sebelum mendapatkan kelulusan.

Artikel Berkaitan

Pengurusan Kewangan: Apa Yang Syarikat Perlu Tahu

Syarat Utama Memohon Lesen Kewangan

syarat mohon lesen

1. Syarikat Perlu Daftar Dengan SSM

Perkara penting sekali ialah, syarikat perlulah berdaftar dengan pihak SSM dan memastikan lesen SSM anda tidak tamat tempoh.

Ini bagi memudahkan memohon lesen kewangan MOF. Pastikan juga kod bidang yang ingin dipohon dengan MOF selari dengan jenis perniagaan di SSM.

2. Dokumen Pengenalan Diri Yang Lengkap

Dokumen yang diperlukan salinan pengenalan diri bagi semua pemilik yang sah perlulah disertakan.

Bagi pemilik bukan warganegara Malaysia anda perlu menyediakan salinan pasport yang masih aktif.

3. Penyata Akaun Bank Semasa

Seterusnya, salinan penyata akaun bank semasa syarikat bagi bulan terkini dan berbaki RM2500.00 juga perlu disertakan.

Hal ini bertujuan untuk mengenalpasti kemampuan kewangan syarikat bagi membuat perkhidmatan atau membekal produk kepada pihak kerajaan.

4. Premis Perniagaan

Kemudian, syarikat perlulah beroperasi di premis perniagaan yang disewa atau dimiliki untuk layak berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

5. Pekerja Syarikat

Mana-mana syarikat yang ingin daftar syarikat enterprise dengan MOF wajib mempunyai pekerja sekurang-kurangnya seorang pekerja.

Untuk syarikat perkongsian pula, salah seorang boleh dipilih sebagai personal pengurusan dan selebihnya sebagai pekerja.

Pemilikan lesen kewangan sememangnya memberikan manfaat kerana memudahkan pelabagai urusan dengan mana-mana agensi atau jabatan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi anda yang ingin mendaftarkan lesen kewangan atau menambahkan pengetahuan mengenai info berkaitan dengan dokumentasi perniagaan.

Bagi mereka yang sedang berusaha untuk mendaftarkan syarikat mereka sendiri, jom daftar dengan Register Sdn Bhd Online dengan harga RM1498 sahaja!

Tak payah tunggu lama, dalam 3-5 hari bekerja sahaja dah siap!

Kenapa anda patut daftar syarikat anda dengan Register Sdn Bhd Online?

Cuba  lihat 10 perkara yang Register Sdn Bhd tawarkan, anda pasti tak nak lepaskan peluang ini:

  • Carian Nama Tanpa Had
  • Modal minima RM1
  • Pendaftaran 2 pengarah
  • Pendaftaran 2 pemegang saham
  • Kemaskini database di SSM MYCOID
  • Borang lengkap maklumat pendaftaran syarikat S14
  • Notis pendaftaran syarikat S15
  • Sijil pendaftaran syarikat S17
  • Lantikan setiausaha syarikat S58
  • Konsultasi pendaftaran Sdn Bhd 2 jam

3 bonus jika anda mendaftar syarikat anda dengan kami: 

  • Hanya RM50 bulanan secretarial fee
  • Percuma support group whatsapp director 24/7
  • Percuma eBook asas mengurus Sdn Bhd

Kelebihan lain yang Register Sdn Bhd tawarkan:

  1. Tanggungan atau liabiliti terhad.
  2. Ada kesinambungan.
  3. Kredibiliti yang tinggi.
  4. Kadar cukai rendah.
  5. Dividen syarikat tidak dikenakan cukai.
  6. Boleh bertukar milik.
  7. Boleh melantik pengurusan profesional.
  8. Mudah mendapat suntikan modal.
  9. Penyata kewangan yang disahkan.
  10. Potensi yang besar.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar syarikat Sdn Bhd sendiri, hubungi kami sekarang.