Bisnes online bukanlah benda yang baru tapi dengan pelbagai platform yang boleh digunakan, bisnes online sudah menjadi lebih mudah dan boleh mendatangkan hasil yang lumayan.
Tapi jangan silap!
Bila kami kata mudah, tak semua orang mampu buat.
Tapi jangan risau sebab kami akan kongsikan tips yang anda wajib buat untuk mulakan bisnes online anda.
Kena Buat 4 Perkara Ini Untuk Bisnes Online Anda!
Dalam semua perkara, nak mulakan sesuatu memang akan terasa sukar, terutamanya kalau anda tak tahu nak mula dari mana.
Jom kita lihat apakah 4 perkara yang anda wajib tahu:
1. Ketahui Jenis Produk Anda
Benda pertama sekali yang anda perlu buat adalah kenal pasti jenis produk yang anda nak jual.
Jenis produk boleh dibahagikan kepada dua:
Produk Fizikal
Produk fizikal biasanya produk yang boleh nampak secara mata kasar dan terus boleh beli seperti makanan, pakaian dan alat elektronik.
Biasanya jenis produk ini senang untuk dijual dalam website e-commerce sebab pelanggan dapat tengok katalog dan buat pembelian secara terus di website.
Produk Digital
Produk digital adalah produk yang boleh dibeli tetapi tak boleh dilihat dengan mata kasar seperti contoh e-book dan software komputer.
Pemilik bisnes akan menggunakan sales page untuk menerangkan tentang masalah yang dihadapi oleh pelanggan, bagaimana mereka mampu menyelesaikan dengan servis yang mereka tawarkan.
2. Website
Untuk menjalankan bisnes online, anda perlu ada website e-commerce anda.
Mungkin ada yang tertanya, kenapa tak boleh guna WhatsApp atau media sosial lain sahaja?
Boleh, siapa kata tak boleh.
Tapi sanggupkah anda untuk membalas mesej dan persoalan setiap pelanggan dan prospek anda?
Belum kira lagi prospek yang ‘ghost’ atau hilang dan ‘bluetick’ anda walaupun anda dah follow-up berkali-kali.
Daripada anda jadi penat nak menjawab persoalan yang sama pelanggan akan tanya, letak saja di website semua informasi tentang produk anda sebelum mereka sempat bertanya.
Lagi pun, bila ada website e-commerce, barulah pelanggan rasa lebih yakin dengan bisnes anda.
Jadi, apa yang anda perlu tahu tentang website ni?
Nama Domain & Hosting
Nama domain adalah nama untuk website.
Biasanya pelanggan akan cari nama website anda di internet dengan cara menaip nama kedai.
Contoh nama domain yang paling simple ialah google.com dan wikipedia.org.
Setiap laman web ada nama domain mereka tersendiri, jadi anda perlu semak sama ada nama domain yang anda inginkan masih ada atau sudah ada laman web lain yang gunakannya.
Pentingnya nama domain ini adalah supaya mudah pelanggan cari anda dan untuk membina jenama bisnes sendiri pada masa akan datang.
Seterusnya, anda perlukan hosting. Hosting ini diibaratkan tapak kepada rumah. Tanpa tapak, rumah tak dapat nak didirikan.
Sama juga dengan membina website anda sendiri, kena ada hosting sebagai tapak.
Hosting merupakan tempat di mana semua fail seperti gambar, video, maklumat dan database disimpan.
Mana nak dapat hosting ni? Terdapat syarikat-syarikat yang menawarkan servis web hosting.
Harga hosting yang perlu dibayar bergantung kepada pakej yang anda daftar.
Design Website e-Commerce
Bila nama domain dan hosting sudah boleh digunakan, anda sudah boleh design website anda mengikut cita rasa anda.
Biasanya kalau nak bina website e-commerce sendiri, anda wajib ada pengetahuan teknikal terutamanya cara coding.
Kalau anda tiada pengalaman dalam coding dan nak belajar sendiri, anda akan mengambil masa yang agak lama.
Tetapi jangan jadikan ini sebagai satu penghalang.
Ramai developer website di luar sana yang boleh menawarkan servis mereka.
Cumanya, upahnya agak mahal. Lagi-lagi kalau anda nak custom design.
Anggap saja ini merupakan pelaburan awal anda untuk mendapatkan hasil yang lebih lumayan dengan sales yang anda akan dapat.
Artikel Berkaitan; Ketahui Cara Mudah & Tepat Renew SSM Online
3. Marketing
Seperti mana-mana bisnes di luar sana, benda yang wajib pemilik bisnes tahu adalah marketing.
Sangat penting untuk anda tahu strategi online marketing sebab kebiasaannya, pada awalnya anda tidak berjaya mencapai angka jualan yang anda inginkan.
Hal ini kerana enjin carian seperti Google belum lagi memasukkan data website anda ke dalam database mereka.
Ia akan mengambil masa yang agak lama untuk Google memproses website anda secara automatik.
Untuk menonjolkan bisnes anda, anda boleh lakukan teknik marketing seperti Facebook Ads dan IG Ads.
Selain itu, anda boleh cuba Google Ads, SEO, email marketing dan sebagainya.
Elakkan hanya menggunakan satu sahaja teknik marketing kerana anda boleh kenalpasti jenis marketing yang sesuai dengan bisnes anda.
Boleh terjadi sekiranya jenis marketing yang anda guna tidak sesuai.
Oleh itu, cuba sahaja teknik-teknik marketing yang ada sampailah anda jumpa yang sesuai untuk bisnes anda.
4. Daftar SSM Online
Semua jenis bisnes tak kiralah bisnes kedai fizikal mahupun bisnes online wajib didaftarkan dengan SSM.
Tapi bila sebut saja kena daftar nama syarikat dengan SSM, ramai pemilik bisnes merasakan ianya adalah perkara yang leceh.
Sebenarnya, banyak kelebihan kalau anda daftar syarikat dengan SSM seperti mengelak daripada kena denda RM50,000 atau penjara 2 tahun.
Lagi pun, dengan berdaftarnya bisnes anda, pelanggan pasti akan rasa lebih selamat dan senang hati nak berjual beli produk atau servis anda.
Bila dah ada SSM, lebih mudah untuk anda membuka akaun bank untuk mengelakkan akaun bank peribadi anda disekat oleh pihak bank jika terlampau banyak transaksi wang masuk.
Selain itu, kalau website anda mempunyai sistem payment gateway, urusan akan lebih mudah jika anda dah daftar syarikat anda.
Hal ini kerana ada sesetengah sistem payment gateway mewajibkan anda menggunakan akaun semasa syarikat.
Penutup
Perjalanan dalam dunia bisnes sememangnya berliku tetapi jika anda lakukan empat perkara yang kami kongsikan ini, harapnya anda nampak sedikit sebanyak jalan yang anda ingin lalui.
Jika anda ingin mendaftar syarikat dengan harga RM1498 sahaja, daftar saja dengan Register Sdn Bhd.
Dengan harga serendah itu, anda dijanjikan dengan 10 perkara ini:
- Tanggungan atau liabiliti terhad.
- Ada kesinambungan.
- Kredibiliti yang tinggi.
- Kadar cukai rendah.
- Dividen syarikat tidak dikenakan cukai.
- Boleh bertukar milik.
- Boleh melantik pengurusan profesional.
- Mudah mendapat suntikan modal.
- Penyata kewangan yang disahkan.
- Potensi yang besar.
Bukan itu sahaja, dengan Register Sdn Bhd, anda tak perlu tunggu lama-lama tau.
Dalam 3-5 hari sahaja dah siap!
Register Sdn Bhd juga menawarkan:
- Carian Nama Tanpa Had
- Modal minima RM 1
- Pendaftaran 2 pengarah
- Pendaftaran 2 pemegang saham
- Kemaskini database di SSM MYCOID
- Borang lengkap maklumat pendaftaran syarikat S14
- Notis pendaftaran syarikat S15
- Sijil pendaftaran syarikat S17
- Lantikan setiausaha syarikat S58
- Konsultansi pendaftaran Sdn Bhd 2 jam
Tak lupa juga 3 bonus yang anda boleh dapatkan jika anda menggunakan servis Register Sdn Bhd:
- Hanya RM 50 bulanan secretarial fee
- Percuma support group whatsapp director 24/7
- Percuma eBook asas mengurus Sdn Bhd