cara daftar mof

Cara Daftar MOF

Seperti yang sudah diberitahu, daftar MOF, daftar eperolehan, daftar sijil kewangan, daftar lesen kewangan adalah sama.

Tapi, masih ramai yang tidak tahu proses cara daftar MOF dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Lesen MOF ini penting dan bermanfaat bagi syarikat yang ingin memasuki tender kerajaan dan agensi yang berkaitan. Jadi, syarikat wajib peluang ini untuk daftar MOF sekarang.

Teruskan membaca kerana kami akan kongsikan cara mudah untuk anda mendaftar MOF!

Cara Daftar MOF

1. Daftar di ePerolehan

ePerolehan ialah sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan melalui internet.

Ia berfungsi sebagai medium utama untuk para pembekal mendaftar atau memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia. (MOF).

Anda boleh log masuk di sini.

Antara perkhidmatan lain yang ada di ePerolehan:

  • Menghantar cadangan tender/sebut harga
  • Menghantar permohonan
  • Menerima permohonan
  • Menyemak status permohonan
  • Menyerahkan tawaran tender
  • Membuat/menerima pembayaran secara atas talian
  • Katalog elektronik (eCat)

2. Ketahui Jenis Akaun Daftar MOF ePerolehan

  • Akaun Asas

-Bagi pembekal bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan (Bukan Perunding) tidak melebihi RM20,000.

-Tiasa bayaran dikenakan untuk permohonan Akaun Asas.

-Hanya warganegara Malaysia dengan I/C (MyKad) dibenarkan untuk mendaftar Akaun Asas.

Langkah daftar MOF akaun asas:

  1. Log masuk ke web ePerolehan
  2. Daftarkan syarikat sebagai pembekal baru
  3. Isi maklumat yang diminta
  4. Muat naik katalog
  5. Mohon sijil digital
  • Akaun MOF

-Bagi  pembekal yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000.

-Pembekal akaun MOF terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Kontraktor:
  2. bertransaksi dengan Kerjaan Persekutuan untuk Perolehan Bekalan & Perkhidmatan bukan perunding; atau
  3. bertransaksi dengan Lain-lain (Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan)
  4. Perunding – bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Perkhidmatan Perundingan.

-Bayaran sebanyak RM450 dikenakan untuk pendaftaran Baru dan tempoh sahlaku akaun MOF adalah selama 3 tahun.

Langkah daftar MOF akaun MOF:

  1. Log masuk ke web ePerolehan
  2. Daftarkan syarikat sebagai pembekal baru
  3. Isi maklumat yang diminta
  4. Memohon daftar akaun MOF
  5. Membayar fi proses
  6. Pihak MOF akan proses permohonan
  7. Membayar fi pendaftaran
  8. Mohon sijil digital
  • Akaun G2G

-Bagi Agensi Kerajaan bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan menggunakan kaedah pembelian terus tanpa had nilai di sistem ePerolehan.

-Agensi Kerajaan bermaksud Badan Berkanun Persekutuan/Negeri, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Pendaftaran akaun G2G terbuka kepada kerajaan negeri, badan berkanun atau pihak kuasa tempatan.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai daftar MOH di sini.

Maklumat Penting Mengenai Kelulusan Lesen Kewangan MOF

●   Tempoh Mendapat Kelulusan Lesen Kewangan

Kebiasaannya, ia akan mengambil masa 5 hingga ke 7 hari bekerja.

●   Status Bumiputera Lesen MOF

Syarikat mestilah dipegang oleh 51% bumiputera bagi mendapatkan  status bumiputera.

●   Sijil Digital MOF Perolehan

Sijil digital ialah percuma bagi tempoh masa 3 tahun pertama bagi yang mendaftar kali pertama.

Anda hanya perlu membayar fi berjumlah RM150 untuk pembaharuan sijil digital MOF.

Sijil ini digunakan sebagai keperluan asas pembolehan untuk pembekal yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan menggunapakai sistem ePerolehan Baharu.

Diharapkan maklumat ini membantu peniaga di luar sana yang tercari-cari langkah untuk mendaftar MOF syarikat sendiri.

Memiliki lesen kewangan sama penting dengan register syarikat. Sudahkah anda daftar syarikat? Jangan risau, Di Fraz Corsec kami menawarkan harga istimewa untuk anda!

Daftar Sdn Bhd Online Pada Harga Promosi

Jika anda pertama kali mendaftar syarikat anda sebagai Sdn Bhd, pastinya anda risau akan berapa ribu anda perlu sediakan hanya untuk daftar syarikat anda.

Pengalaman mendaftar syarikat, anda perlu menyediakan bayaran antara RM 2,300 hingga RM 2,500 untuk pendaftaran syarikat.

Tapi jangan risau!

Dengan Register Sdn Bhd Online, anda boleh dapatkan harga promosi RM1,498 sahaja!

Bukan itu sahaja, anda tak perlu tunggu lama. Dalam 3-5 hari bekerja sahaja dah siap!

Apa yang Register Sdn Bhd Online tawarkan? 10 perkara ini:

  • Carian Nama Tanpa Had.
  • Modal minima RM 1.
  • Pendaftaran 2 pengarah.
  • Pendaftaran 2 pemegang saham.
  • Kemaskini database di SSM MYCOID.
  • Borang lengkap maklumat pendaftaran syarikat S14.
  • Notis pendaftaran syarikat S15.
  • Sijil pendaftaran syarikat S17.
  • Lantikan setiausaha syarikat S58.
  • Konsultansi pendaftaran Sdn Bhd 2 jam.

3 bonus jika anda mendaftar syarikat Sdn Bhd dengan kami: 

  • Hanya RM 50 bulanan secretarial fee.
  • Percuma support group whatsapp director 24/7.
  • Percuma eBook asas mengurus Sdn Bhd.

Banyak kelebihan Register Sdn Bhd ni seperti:

  1. Tanggungan atau liabiliti terhad.
  2. Ada kesinambungan.
  3. Kredibiliti yang tinggi.
  4. Kadar cukai rendah.
  5. Dividen syarikat tidak dikenakan cukai.
  6. Boleh bertukar milik.
  7. Boleh melantik pengurusan profesional.
  8. Mudah mendapat suntikan modal.
  9. Penyata kewangan yang disahkan.
  10. Potensi yang besar.

Kami akan memberi nasihat berkaitan pembukaan syarikat serta membantu anda melalui setiap prosesnya dengan mudah.

Pasukan kami terdiri daripada profesional yang berpengalaman luas dalam bidang setiausaha syarikat, percukaian, perakaunan, dan pengauditan.

Kami juga bekerjasama dengan akauntan dan juruaudit yang bertauliah untuk urusan penyediaan laporan kewangan syarikat anda.

Selain itu, kami pakar dalam bidang penyataan cukai peribadi dan penyata cukai korporat dan akan menawarkan nasihat mengenai akaun dan audit kepada syarikat anda.

Kami juga sentiasa komited untuk memberikan anda perkhidmatan yang berkualiti dan membantu kepada pertumbuhan dan pengembangan syarikat anda.

Tunggu apa lagi?