cukai perniagaan

Peniaga Online Kena Bayar Cukai Perniagaan Ke?

Cukai perniagaan ialah cukai perniagaan tempatan atau cukai premis. Umum ia akan dikenakanke atas perniagaaan dan entiti komersial di peringkat tempatan.

Perniagaan seperti kedai runcit, restoran, pejabat, kilang dan sebagainya termasuk di dalam kategori ini.

Tidak dilupakan juga, isu sama ada perniagaan online perlu membayar cukai atau tidak, akan di jawab di dalam artikel ini.

Jom fahami dahulu kepentingan cukai perniagaan kepada negara.

Kepentingan Cukai Kepada Negara

1. Pembiayaan Perbelanjaan

Tahukah anda, cukai yang dibayar akan digunakan untuk projek pembangunan awam seperti sekolah, universiti, hospital, klinik kesihatan, jalan raya, lapang terbang, dan sebagainya.

Sebab itulah, individu atau syarikat tidak boleh culas membayar cukai kerana diri sendiri juga akan dapat manfaatnya.

2. Mengukuhkan Pertumbuhan Ekonomi

cukai perniagaan

Cukai yang diperoleh dapat membantu kerajaan untuk menyuntik dana kewangan ke dalam ekonomi negara dan sebarang perkara emergency.

3. Kawalan Pasaran dan Industri

Cukai dilaksanakan bagi mengawal pasaran dan industri seperti cukai eksais.

Antara barangan tersebut ialah minuman bergula, kenderaan bermotor, minuman keras, rokok termasuk tembakau dan cerut, mahjong tiles dan daun terup.

4. Sumber Pendapatan Kerajaan

Cukai yang dibayar semua pihak bertujuan sebagai sumber pendapatan bagi kerajaan.

Pendapatan yang ada akan digunakan untuk kegunaan infrastruktur pembangunan, pendidikan, kesihatan, pertahanan dan ekonomi dan banyak lagi.

5. Ringankan Beban Rakyat

Tahukah anda, cukai digunakan untuk meringankan beban sara hidup rakyat melalui bantuan subsidi ke atas barang keperluan seperti beras, minyak dan makanan asas yang lin.

Cukai Perniagaan Bagi Peniaga Online

cukai perniagaan

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pembayaran cukai perniagaan online sama saja bagi yang memiliki perniagaan offline. Di mana ia sudah tertakluk pada Seksyen 4, Akta Cukai Pendapatan 1967.

Secara mudahnya, peniaga online juga perlu membayar cukai perniagaan.

Baca Juga: Bisnes Modal Kecil: 5 Idea Bisnes Untuk Anda di Era Digital

Cara Daftar Fail Cukai

cukai perniagaan

1. Dokumen Pendaftaran

  • Syarikat Tempatan

  1. Notis pendaftaran syarikat di bawah Seksyen 15 Akta Syarikat 2016; ATAU

Perakuan pemerbadanan syarikat di bawah seksyen 17 Akta Syarikat 2016 (jika ada)

  1. Notis Pertukaran Dalam Daftar Pengarah, Pengurus dan Setiausaha di bawah Seksyen 58 Akta Syarikat 2016.
  • Syarikat Asing

  1. Notis pendaftaran syarikat asing di bawah seksyen 562 Akta Syarikat 2016
  2. Perubahan atau Pengubahan Butir-Butir Berkaitan Syarikat Asing di bawah subseksyen 567 (1) Akta Syarikat 2016

2. Kemukakan e-CP204

Dalam tempoh 3 bulan, kemukakan e-CP204 dari tarikh mula beroperasi. Bayaran anggaran cukai bagi tahun taksiran pertama syarikat akan bermula pada bulan ke enam tempoh asas.

3. Kemukakan Borang C

Dalam tempoh 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun syarikat, kemukakan Borang C

Perkara

Koperasi Baharu

Koperasi Sedia Ada

Borang

Hantar anggaran

Dalam masa 3 bulan pertama operasi

30 hari sebelum mula tempoh asas

CP204

Mula bayar

Bulan ke-6 tempoh asas

Bulan ke-2 tempoh asas

CP207

Tarikh bayaran

Sebelum/pada 15 haribulan

CP207

Pinda anggaran

Bulan ke-6 atau ke-9 tempoh asas

e-CP204A

4. Syarikat dorman tidak perlu hantar CP204

5. Hantar Borang e-C secara e-Filing (termasuk syarikat dorman

6. Bayar baki cukai (jika ada) menggunakan CP207 sebelum/pada hari terakhir penghantaran Borang e-C ( 7 bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan).

7. Pastikan simpan rekod dan buku akaun selama 7 tahun bagi tujuaan semakan HASIL.

Senarai Resit Yang Perlu Disimpan untuk LHDN Urusan Cukai Perniagaan

  1. Resit jualan dan belian yang dilakukan oleh syarikat/ perniagaan
  2. Resit perbelanjaan
  3. Resit penghutang dan pemiutang
  4. Bil tunai
  5. Cek
  6. Penyata bank
  7. Baucer bayaran
  8. Dokumen yang berkaitan dengan transaksi perniagaan.

Anda boleh ketahui mengenai pelepasan cukai yang syarikat boleh dapatkan di sini.

Semoga rakyat Malaysia semakin celik dengan informasi yang terkini terutamanya mengenai hal-hal percukaian kerana ia merupakan tanggungjawab kita terhadap negara.

Cukai yang dibayar dapat digunakan untuk menggerakkan ekonomi negara bagi memperoleh hasil dan pendapatan.

Daftar Sdn Bhd Online Pada Harga Promosi

Jika anda pertama kali mendaftar syarikat anda sebagai Sdn Bhd, pastinya anda risau akan berapa ribu anda perlu sediakan hanya untuk daftar syarikat anda.

Pengalaman mendaftar syarikat, anda perlu menyediakan bayaran antara RM 2,300 hingga RM 2,500 untuk pendaftaran syarikat.

Tapi jangan risau!

Dengan Register Sdn Bhd Online, anda boleh dapatkan harga promosi RM1,498 sahaja!

Bukan itu sahaja, anda tak perlu tunggu lama. Dalam 3-5 hari bekerja sahaja dah siap!

Apa yang Register Sdn Bhd Online tawarkan? 10 perkara ini:

  • Carian Nama Tanpa Had.
  • Modal minima RM 1.
  • Pendaftaran 2 pengarah.
  • Pendaftaran 2 pemegang saham.
  • Kemaskini database di SSM MYCOID.
  • Borang lengkap maklumat pendaftaran syarikat S14.
  • Notis pendaftaran syarikat S15.
  • Sijil pendaftaran syarikat S17.
  • Lantikan setiausaha syarikat S58.
  • Konsultansi pendaftaran Sdn Bhd 2 jam.

3 bonus jika anda mendaftar syarikat Sdn Bhd dengan kami: 

  • Hanya RM 50 bulanan secretarial fee.
  • Percuma support group whatsapp director 24/7.
  • Percuma eBook asas mengurus Sdn Bhd.

Banyak kelebihan Register Sdn Bhd ni seperti:

  1. Tanggungan atau liabiliti terhad.
  2. Ada kesinambungan.
  3. Kredibiliti yang tinggi.
  4. Kadar cukai rendah.
  5. Dividen syarikat tidak dikenakan cukai.
  6. Boleh bertukar milik.
  7. Boleh melantik pengurusan profesional.
  8. Mudah mendapat suntikan modal.
  9. Penyata kewangan yang disahkan.
  10. Potensi yang besar.

Kami akan memberi nasihat berkaitan pembukaan syarikat serta membantu anda melalui setiap prosesnya dengan mudah.

Pasukan kami terdiri daripada profesional yang berpengalaman luas dalam bidang setiausaha syarikat, percukaian, perakaunan, dan pengauditan.

Kami juga bekerjasama dengan akauntan dan juruaudit yang bertauliah untuk urusan penyediaan laporan kewangan syarikat anda.

Selain itu, kami pakar dalam bidang penyataan cukai peribadi dan penyata cukai korporat dan akan menawarkan nasihat mengenai akaun dan audit kepada syarikat anda.

Kami juga sentiasa komited untuk memberikan anda perkhidmatan yang berkualiti dan membantu kepada pertumbuhan dan pengembangan syarikat anda.

Tunggu apa lagi?