Struktur Organisasi Perniagaan

Struktur Organisasi Perniagaan Untuk Bisnes Yang Lancar

Dalam sesebuah syarikat yang ingin dijalankan, terdapat struktur organisasi perniagaan yang wajib ada.

Setiap syarikat mesti memahami dan dapat menggambarkan struktur tersebut dengan jelas.

Ia memainkan peranan dalam menentukan hierarki, peranan dan hubungan di dalam syarikat.

Artikel ini berkongsi tentang struktur organisasi perniagaan yang boleh dijadikan panduan berguna terutama kepada usahawan.

Kenali Struktur Organisasi Perniagaan

struktur organisasi perniagaan

Struktur organisasi perniagaan ialah susunan dan hubungan antara setiap bahagian dalam sesebuah organisasi perniagaan.

Sistem ini direka untuk mencapai visi, misi dan objektif perniagaan yang telah ditetapkan.

Dalam setiap bahagian, terdapat carta organisasi yang berfungsi menunjukkan struktur organisasi yang wujud.

Ia digunakan dalam kebanyakkan organisasi kerana sangat mudah dibentuk dan dipraktikkan oleh semua jenis perniagaan.

Carta organisasi ini seterusnya merujuk pada struktur organisasi yang ditunjukkan pula dalam bentuk hierarki yang simple.

Dalam hierarki tersebut, setiap individu akan dibahagikan kepada bahagian fungsian mengikut kemahiran dan kepakaran mereka.

Setiap daripada mereka mempunyai tanggungjawab dan fungsi secara spesifik yang perlu dijalankan.

Kepentingan Struktur Organisasisi Perniagaan

struktur organisasi perniagaan

Kenapa struktur organisasi perniagaan merupakan aspek yang sangat penting dalam kejayaan entiti perniagaan?

Kepentingannya melibatkan pelbagai faktor dan peranan dalam operasi harian dan pencapaian matlamat jangka panjang syarikat.

1.  Penggunaan Sumber Secara Efisien

  • Pengagihan Tugas dan Tanggungjawab:

Struktur organisasi membolehkan pengagihan tugas dan tanggungjawab dengan lebih jelas di antara pekerja.

Setiap individu mengetahui peranan mereka yang menggalakkan kecekapan dan produktiviti.

  • Penyesuaian Kapasiti:

Dengan struktur organisasi yang betul, syarikat dapat menyesuaikan kapasiti dan sumber daya dengan lebih baik.

Ini memastikan bahawa setiap bahagian atau jabatan mempunyai kakitangan dan peralatan yang mencukupi untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

2.  Komunikasi Yang Berkesan

  • Maklumat yang Jelas:

Struktur organisasi yang baik membina aliran maklumat yang jelas dari peringkat atas ke bawah.

Ini membantu dalam pengambilan keputusan yang cepat dan efektif.

  • Peningkatan Kerjasama:

Melalui struktur organisasi yang teratur, kerjasama di antara setiap bahagian atau depatment menjadi lebih mudah.

Kakitangan boleh bekerjasama dengan lebih baik untuk mencapai matlamat bersama.

3.  Pengurusan dan Pengawasan Yang Teratur

  • Penetapan Tanggungjawab Pengurusan:

Struktur organisasi membantu menetapkan tanggungjawab dan kuasa di dalam organisasi.

Pengurus sudah tahu apa yang diharapkan daripada mereka dan bagaimana mereka diberi kuasa untuk membuat keputusan.

  • Penambahbaikan Keseluruhan Prestasi:

Dengan menetapkan peranan dan tanggungjawab yang jelas, struktur organisasi membantu dalam meningkatkan prestasi keseluruhan syarikat.

Setiap bahagian boleh diukur berdasarkan objektifnya, seterusnya memudahkan pengoptimuman prestasi.

Baca Juga; Perancangan Perniagaan: Mengenal Pasti Peluang dan Ancaman

5 Jenis Struktur Organisasi

Struktur organisasi umumnya dapat dibahagikan kepada lima jenis seperti berikut:

  1. Struktur organisasi berdasarkan fungsi
  2. Struktur organisasi berdasarkan produk
  3. Struktur organisasi berdasarkan geografi/ wilayah
  4. Struktur organisasi berdasarkan pelanggan
  5. Struktur organisasi berdasarkan matriks

Manakala, tahap pengurusan pula mempunyai tiga peringkat seperti berikut:

  • Pengurusan Atasan. Mereka bertanggungjawab pada keseluruhan operasi organisasi.
  • Pengurusan Pertengahan. Mereka bertanggungjawab pada bahagian masing-masing.
  • Pengurusan Bawahan. Mereka bertanggungjawab pada bahagian unit-unit dibawahnya.

Jawatan Asas dalam Struktur Organisasi

jawatan asas

Aktiviti perniagaan yang dijalankan perlu ada fungsi-fungsi tertentu bagi memastikan perniagaan berjalan lancar.

Berikut dikongsikan beberapa jawatan asas yang biasanya terdapat dalam struktur organisasi Sdn Bhd:

1.  Pengarah Urusan (Ketua Pegawai Eksekutif -Chief Executive Officer (CEO))

  • Sebagai ketua eksekutif syarikat, CEO bertanggungjawab untuk merancang, melaksanakan, dan melaksanakan strategi syarikat umum.
  • Mengambil keputusan strategik untuk mencapai matlamat dan visi syarikat.
  • Berkomunikasi secara langsung dengan Lembaga Pengarah dan memastikan operasi harian berjalan lancar.

2.  Pengarah (Director)

  • Ahli Lembaga Pengarah memainkan peranan penting dalam membuat keputusan strategik dan menentukan arah syarikat.
  • Mereka boleh memegang pelbagai jawatan seperti Pengarah Kewangan, Pengarah Pemasaran, atau Pengarah Operasi, bergantung kepada keperluan syarikat.

3.  Pengurus Besar (General Manager) atau Pengurus Operasi (Operations Manager)

  • Bertanggungjawab untuk menjalankan operasi harian syarikat dan memastikan pelaksanaan strategi.
  • Melibatkan diri dalam perancangan dan pengurusan sumber daya syarikat termasuk kakitangan, peralatan, dan proses operasi.

4.  Pengurus Kewangan (Finance Manager)

  • Menangani semua aspek kewangan syarikat termasuk penyediaan bajet, kira-kira kewangan, dan penyediaan laporan kewangan.
  • Bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan dengan undang-undang kewangan dan peraturan tempatan.

5.  Pengurus Sumber Manusia (Human Resource Manager)

  • Bertanggungjawab untuk pengurusan dan pembangunan sumber manusia syarikat.
  • Menangani urusan kakitangan, termasuk perekrutan, latihan, dan pematuhan undang-undang pekerja.

6.  Pengurus Pemasaran (Marketing Manager)

  • Merancang dan melaksanakan strategi pemasaran untuk meningkatkan jualan dan pengenalan jenama.
  • Bertanggungjawab untuk melihat prestasi pasaran dan bersaing dalam industri.

7.  Pengurus Jualan (Sales Manager)

  • Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan strategi jualan untuk mencapai matlamat jualan syarikat.
  • Menyelia pasukan jualan dan mencapai pencapaian sasaran jualan.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, struktur organisasi perniagaan landasan penting dalam memastikan syarikat beroperasi secara efisien.

Oleh itu, syarikat mestilah membentuk struktur organisasi yang sesuai dengan keperluan dan matlamat perniagaan mereka.

Struktur organisasi yang baik ini membolehkan syarikat meningkatkan kecekapan dan prestasi keseluruhan organisasi.

Jika anda pertama kali mendaftar syarikat sebagai Sdn Bhd, banyak perkara yang perlu dibuat, kan?

Semuanya jadi lebih mudah dengan Register Sdn Bhd Online.

Kelebihannya, anda akan dapat 10 perkara dibawah ini dengan mudah dan cepat:

  • Carian Nama Tanpa Had.
  • Modal minima RM 1.
  • Pendaftaran 2 pengarah.
  • Pendaftaran 2 pemegang saham.
  • Kemaskini database di SSM MYCOID.
  • Borang lengkap maklumat pendaftaran syarikat S14.
  • Notis pendaftaran syarikat S15.
  • Sijil pendaftaran syarikat S17.
  • Lantikan setiausaha syarikat S58.
  • Konsultansi pendaftaran Sdn Bhd 2 jam.

Dengan ini, proses daftar syarikat Sdn Bhd anda menjadi lebih mudah dan cepat kerana anda akan dibimbing.

Kami juga sedia memberi nasihat berkaitan pembukaan syarikat dan membantu anda melalui setiap proses dengan lebih mudah.

Kami membantu usahawan yang ingin menubuhkan syarikat dimana proses penubuhan memenuhi keperluan dan kehendak Akta Syarikat 2016.

Anda boleh klik Button Promosi di bawah sekarang dan hubungi kami untuk sebarang pertanyaan lanjut.