Contents
Tahukah anda sesiapa sahaja boleh daftar KWSP dan membuat caruman KWSP seawal umur 14 tahun?
Kebanyakan daripada kita yang bekerja biasanya tidak hirau kerana biasanya majikan akan buat caruman KWSP untuk kita, kan?
Ramai yang tahu, individu wajib mencarum apabila diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan yang perihalnya tidak dimasukkan dalam Jadual Pertama, Seksyen 2, Akta KWSP 1991.
Tetapi, selain daripada individu yang bekerja dan pemilik perniagaan, individu yang bekerja sendiri juga boleh memilih untuk mencarum berdasarkan keperluan mereka.
Jom kami kongsikan faedah menjadi ahli KWSP dan cara daftar KWSP dengan mudah.
Faedah Menjadi Ahli KWSP
Sebenarnya banyak faedah yang anda boleh peroleh kalau anda mendaftar sebagai ahli KWSP, antaranya:
1. Dividen Tahunan
Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minima 2.50% bagi Simpanan Konvensional.
Kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.
Setiap tahun, pencarum KWSP akan menerima kadar dividen yang agak tinggi.
2. Pelepasan Cukai
Jika potongan KWSP tahunan anda tidak mencapai RM6,000, anda boleh menambah dengan jumlah bayaran insurans anda.
Potongan KWSP tahunan anda (ditambah dengan bayaran insurans) adalah dikecualikan cukai sehingga RM6,000.
3. Bantuan Hilang Upaya
Jika keadaan keupayaan fizikal atau mental anda terjejas sehingga menghalang anda untuk bekerja, anda boleh mendapatkan bantuan hilang upaya.
Bantuan ini adalah bagi meringankan beban anda yang tersekat kerana berlakunya kemalangan atau sakit.
4. Bantuan Kematian
Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP boleh menjadi jaminan kewangan kepada orang-orang tersayang anda.
Ia dapat membantu meringankan beban kewangan dan menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.
Bagi mengelakkan kesulitan, pastikan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda bagi mengeluarkan simpanan KWSP anda.
5. Insentif Kerajaan Melalui Simpanan Sukarela i-Saraan
Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Sara) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan.
Pada masa yang sama, anda boleh menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
6. Tambah Caruman Bulanan
Sebagai pekerja bergaji tetap, anda mempunyai pilihan untuk mencarum lebih untuk simpanan yang lebih baik.
Anda dan majikan (atau kedua-duanya sekali) boleh mencarum pada kadar yang melebihi kadar berkanun selagi mana anda memenuhi syarat kelayakan.
7. Pelan Perlindungan Diri Mampu Milik Melalui i-Lindung
i-Lindung merupakan sebuah platform layan diri dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.
Ini adalah untuk memberikan pilihan kepada ahli untuk mendapatkan perlindungan dan membantu ahli menghadapi kejadian tidak diingini atau tempoh sukar pada masa hadapan.
Baca Juga:
Cara Pendaftaran Ahli KWSP
Terdapat beberapa cara mendaftar sebagai ahli KWSP iaitu:
1. Automatik oleh Majikan
Apabila KWSP menerima caruman pertama kali daripada majikan, anda akan menjadi ahli KWSP secara automatik.
Pendaftaran ini dibuat atas nama dan nombor MyKAD anda yang dinyatakan dalam Borang KWSP 6 (Borang A).
Akaun anda akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
2. Pendaftaran di Kaunter
Anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana kaunter KWSP dengan hanya membawa MyKad anda.
Jika pengesahan gagal atau anda bukan warganegara Malaysia, anda perlu melengkapkan Borang KWSP 3 (Daftar).
Anda akan menerima notis dengan nombor ahli KWSP sebaik pendaftaran diluluskan.
3. i-Akaun Majikan
Majikan anda boleh mendaftarkan anda sebagai ahli KWSP melalui i-Akaun (Majikan) dengan maklumat anda.
Anda akan menerima notis dengan nombor ahli KWSP apabila pendaftaran berjaya.
4. Kiosk
Anda boleh mendaftar di mana-mana lokasi yang mempunyai Kiosk KWSP dengan menggunakan MyKad dan pengesahan cap ibu jari.
Anda akan menerima notis dengan nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.
5. Pendaftaran Sendiri
Jika anda bekerja sendiri dan ingin mencarum KWSP, anda boleh membuat pendaftaran melalui skim i-Saraan.
Pendaftaran & Pengaktifan KWSP Online (i-Akaun)
Sekiranya anda telah berdaftar sebagai ahli KWSP, anda boleh membuat pendaftaran KWSP online melalui i-Akaun.
Langkahnya adalah:
-
- Hadir ke mana-mana cawangan atau kiosk KWSP berhampiran anda.
-
- Pilih ‘log masuk’ dan klik ‘i-Akaun (Ahli) atau ;Layari laman web KWSP.
- Muat turun aplikasi i-Akaun di telefon bimbit.Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan kata laluan sementara yang diterima melalui SMS.
- Setelah berjaya log masuk, setkan semula ID Pengguna, kata laluan dan frasa rahsia anda.
- Selepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk ke kaunter atau pejabat KWSP, anda boleh membuat pendaftaran i-Akaun (view mode) secara online.
Caranya adalah dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 (8am-5pm).
Namun, kemudahan i-Akaun (view mode) adalah terhad kepada:
-
- Semakan baki akaun
- Semakan caruman semasa
- Semakan profil
- Semakan sejarah pengeluaran
- Semakan kelayakan pengeluaran
- Push notifications/i-Akaun secured inbox
Sebaliknya, i-Akaun yang diaktifkan di kaunter atau pejabat KWSP mampu mendapat akses:
-
- Kemaskini profil peribadi
- Semak kelayakan pengeluaran
- Semak baki simpanan
- Semak penyata KWSP
- Semak rekod caruman
- Memohon e-Pengeluaran
- Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
- Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
- Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
- Menyemak maklumat penamaan
- Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
- Menyemak log aktiviti i-Akaun
Oleh itu, jika anda ingin mendapat akses penuh i-Akaun, anda perlu ke kiosk/kaunter KWSP untuk pendaftaran nombor telefon TAC dan membuat pengesahan cap ibu jari.
Penutup
KWSP merupakan perlindungan kewangan bagi pekerja sama anda bekerja tetap mahupun sendiri bagi menjamin masa depan anda.
Dengan adanya medium ini, anda boleh dapatkan jika anda ditimpa keadaan yang tidak diingini atau ketika kesusahan.
Selain daripada memberikan perkongsian mengenai info hal-hal syarikat, kami juga membuat khidmat mendaftarkan syarikat.
Daftar syarikat Sdn Bhd anda dengan Daftar Sdn Bhd sebanyak RM1498 sahaja!
Sama macam mendaftar ahli KWSP, daftar syarikat anda tak perlu tunggu lama. Dalam 3-5 hari bekerja sahaja dah siap!
Daftar syarikat Sdn Bhd menawarkan 10 perkara yang anda tidak boleh lepaskan iaitu:
-
- Carian Nama Tanpa Had
- Modal minima RM 1
- Pendaftaran 2 pengarah
- Pendaftaran 2 pemegang saham
- Kemaskini database di SSM MYCOID
- Borang lengkap maklumat pendaftaran syarikat S14
- Notis pendaftaran syarikat S15
- Sijil pendaftaran syarikat S17
- Lantikan setiausaha syarikat S58
- Konsultansi pendaftaran Sdn Bhd 2 jam
3 bonus jika anda mendaftar syarikat Sdn Bhd dengan kami:
-
- Hanya RM 50 bulanan secretarial fee
- Percuma support group whatsapp director 24/7
- Percuma eBook asas mengurus Sdn Bhd
Kelebihan lain yang Daftar Sdn Bhd tawarkan:
-
- Tanggungan atau liabiliti terhad.
- Ada kesinambungan.
- Kredibiliti yang tinggi.
- Kadar cukai rendah.
- Dividen syarikat tidak dikenakan cukai.
- Boleh bertukar milik.
- Boleh melantik pengurusan profesional.
- Mudah mendapat suntikan modal.
- Penyata kewangan yang disahkan.
- Potensi yang besar.
Sekiranya anda berminat untuk mendaftar syarikat Sdn Bhd sendiri, hubungi kami sekarang.