Contents
Siapa kata bisnes kecil-kecilan tak penting kepada negara? Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah mengeksport sebanyak 17.9 peratus pada 2019 berbanding 17.3 peratus pada 2018.
PKS terbahagi kepada 3 jenis iaitu perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Bagi memastikan informasi mengenai bisnes kecil-kecilan ini sentiasa relevan, mereka wajib berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau dewan perniagaan .
Kadang-kadang, owner bisnes kecil-kecilan akan terlepas pandang dengan hal-hal ini. Jadi, kami akan kupaskan kepada anda dengan lebih lanjut agar anda dapat manfaatnya!
Jenis Bisnes Kecil-kecilan
Bisnes kecil-kecilan merupakan jenis perniagaan yang melibatkan modal yang rendah dan flexible. Selalunya, produk yang dihasilkan akan dilakukan daripada rumah atau stok jualan dihantar ke rumah.
Premis besar tidak diperlukan seperti banggunan kedai, hanya memerlukan kelengkapan asas seperti multipurpose racking, storage box dan sebagainya.
Beberapa jenis perniagaan di bawah merupakan kategori perniagaan kecil-kecilan iaitu:
1. Penjaja Bergerak
Peniaga yang berniaga secara bergerak ini lebih dikenali sebagai food truck kerana tidak menjual di satu tempat sahaja. Mereka akan berpindah dari satu lokasi ke lokasi yang lain untuk mendapatkan keuntungan.
2. Penjaja Statik
Jenis penjaja statik ini pula akan berjualan di satu tempat sahaja. Peniaga akan berniga di gerai atau kawasan perniagaan mereka sendiri.
3. Gerai Majlis Perbandaran/Daerah
Kawasan perniagaan ini dibina untuk berniaga dan diletakkan di bawah pengurusan majlis perbandaraan setempat. Sebarang kekosongan akan diiklankan di laman web atau notis majlis.
4. Gerai Swasta
Gerai swasta ini bermaksud ia diuruskan oleh pihak persendirian untuk aktiviti jual beli makanan dan minuman.
Ia diletakkan di bawah oleh syarikat atau pemaju swasta seperti Plaza Pudu, Menara Keck Seng, Pusat Penjaja Menara Perkeso dan banyak lagi.
5. Medan Selera (Food court)
Medan selera merupakan ruang perniagaan juga kawasan yang dikhaskan kepada peniaga makanan.
Di sini, terdapat banyak jenis makanan dan kemudahan yang disediakan seperti tandas dan surau.
6. Pasar Malam Bergerak
Peniaga atau penjaja pasar malam akan berada banyak tempat mengikut hari atau event yang ada.
Pihak penganjur atau pengurus tapak pasar malam akan mencari kawasan yang berlainan bersesuaian dengan skala mengunjung yang di target seperti Pesta Makanan Antarabangsa atau Food Festival.
Perkara Penting Bisnes Owner Wajib Tahu!
1. Mohon Lesen Perniagaan
Berikut merupakan dokumen penting bagi pendaftaran syarikat anda:
- Nama syarikat
- Sifat perniagaan dan butiran lanjut tentang model perniagaan
- Alamat syarikat
- Maklumat mengenai pengarah dan pemegang saham
- Passport / My Card untuk pengesahan
- Surat kebenaran untuk tujuan tanda dagangan
Ketahui maklumat lanjut mengenai proses daftar sdn bhd di sini.
Bagi memudahkan urusan, anda boleh menggunakan khidmat daftar SSM bersama Fraz Corsec dengan harga murah iaitu RM1498 sahaja!
2. Dapatkan Kebenaran Untuk Menjaja
Pastikan anda menjaja dengan sah. Kalau anda menjaja secara haram, anda boleh dikenakan denda dalam bentuk bayaran atau di sita.
Jika berniaga di Kuala Lumpur, anda perlu dapatkan lesen yang dikeluarkan oleh DBKL.
Berikut merupakan contoh syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan oleh Majlis Perbandaran/Daerah:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Ada kenderaan jaja setara dan sesuai.
- Berniaga di tempat yang dibenarkan.
- Sekiranya menjalankan perniagaan makanan, syarat tambahan dikenakan iaitu perlu mengikuti Kursus Pengendalian Makanan dan dapatkan suntikan (Typhoid) terlebih dahulu.
- Wang proses ialah RM10.00.
Anda boleh layari laman web majlis daerah atau perbandaran untuk mengetahui dokumen sokongan yang diperlukan. Anda turut boleh mendaftarkan diri untuk menjaja di situ.
3. Declare Cukai
Pastikan perniagaan anda cukup 12 bulan. Berikut cara yang membantu bisnes kecil-kecilan declare cukai:
- Simpan rekod perbelanjaan seperti resit, bank statement, invoice, payment voucher, pembayaran zakat dan lain lain.
- Anda boleh pergi ke LHDN terdekat dan beritahu bahawa anda ingin mengisi EFILLING.
- Setelah mendaftar nombor cukai pendapatan dan dapat nombor pin EFILLING, anda boleh login ke website https://ez.hasil.gov.my
- Sediakan Penyata Untung Rugi dan Pengiraan Cukai Taksiran.
- Isi borang B di dalam sistem dan hantar. Kemudian, anda akan membuat pembayaran secara online.
- Perniagaan yang menggunakan milikan tunggal, akan dikenakan cukai atas nama owner bisnes kecil-kecilan. Kalau perkongsian, seperti sdn bhd dan bhd nama cukai diletakkan atas nama company.
Artikel Berkaitan;
4. Join Program Diadakan Untuk PKS
Tahu tak, program yang diadakan oleh badan kerajaan untuk peniaga bisnes kecil-kecilan bagi kekal relevan dan membantu kestabilan kewangan di industri yang diceburi.
Contoh program:
- INSKEN Business Training (IBT).
- Women Exporters Development Programme (WEDP).
- Program Pembangunan Usahawan Coklat.
- eTRADE Programme 2.0 (eTRADE 2.0) dan banyak lagi.
Daftar Sdn Bhd Online Pada Harga Promosi
Jika anda pertama kali mendaftar syarikat anda sebagai Sdn Bhd, pastinya anda risau akan berapa ribu anda perlu sediakan hanya untuk daftar syarikat anda.
Pengalaman mendaftar syarikat, anda perlu menyediakan bayaran antara RM 2,300 hingga RM 2,500 untuk pendaftaran syarikat.
Tapi jangan risau!
Dengan Register Sdn Bhd Online, anda boleh dapatkan harga promosi RM1,498 sahaja!
Bukan itu sahaja, anda tak perlu tunggu lama. Dalam 3-5 hari bekerja sahaja dah siap!
Apa yang Register Sdn Bhd Online tawarkan? 10 perkara ini:
- Carian Nama Tanpa Had.
- Modal minima RM 1.
- Pendaftaran 2 pengarah.
- Pendaftaran 2 pemegang saham.
- Kemaskini database di SSM MYCOID.
- Borang lengkap maklumat pendaftaran syarikat S14.
- Notis pendaftaran syarikat S15.
- Sijil pendaftaran syarikat S17.
- Lantikan setiausaha syarikat S58.
- Konsultansi pendaftaran Sdn Bhd 2 jam.
3 bonus jika anda mendaftar syarikat Sdn Bhd dengan kami:
- Hanya RM 50 bulanan secretarial fee.
- Percuma support group whatsapp director 24/7.
- Percuma eBook asas mengurus Sdn Bhd.
Banyak kelebihan Register Sdn Bhd ni seperti:
- Tanggungan atau liabiliti terhad.
- Ada kesinambungan.
- Kredibiliti yang tinggi.
- Kadar cukai rendah.
- Dividen syarikat tidak dikenakan cukai.
- Boleh bertukar milik.
- Boleh melantik pengurusan profesional.
- Mudah mendapat suntikan modal.
- Penyata kewangan yang disahkan.
- Potensi yang besar.
Sekiranya anda berminat untuk mendaftar syarikat Sdn Bhd sendiri, hubungi kami sekarang.
Kami akan memberi nasihat berkaitan pembukaan syarikat serta membantu anda melalui setiap prosesnya dengan mudah.
Pasukan kami terdiri daripada profesional yang berpengalaman luas dalam bidang setiausaha syarikat, percukaian, perakaunan, dan pengauditan.
Kami juga bekerjasama dengan akauntan dan juruaudit yang bertauliah untuk urusan penyediaan laporan kewangan syarikat anda.
Selain itu, kami pakar dalam bidang penyataan cukai peribadi dan penyata cukai korporat dan akan menawarkan nasihat mengenai akaun dan audit kepada syarikat anda.
Kami juga sentiasa komited untuk memberikan anda perkhidmatan yang berkualiti dan membantu kepada pertumbuhan dan pengembangan syarikat anda.
Tunggu apa lagi?